Loading...
Cite Malaya

Betul Ke Kaum Lelaki Juga Mempunya Masalah Hormon Spt Kaum Wanita ???

Betul Ke Kaum Lelaki Juga Mempunya Masalah Hormon Spt Kaum Wanita ???| Lelaki juga ada masalah hormon yang tak seimbang, cuma gejala-gejalanya kurang nyata seperti mana wanita yang mempunyai masalah ini. Tanpa mengira jantina, ketidakseimbangan hormon akan menyebabkan pengumpulan tisu lemak berlebihan dalam badan, kemurungan, sindrom metabolik (contohnya diabetes), gangguan tidur dan nafsu serta kekuatan fungsi seks berkurang.

Fahami apakah itu hormon lelaki, testosteron dan juga fungsinya.
Testosteron adalah salah satu hormon seks lelaki utama yang dihasil dalam badan. Seorang lelaki yang sihat mempunyai 1000 – 1200 nanogram/dl testosteron pada umur 20 tahun. apabila mencecah umur 35 tahun, paras hormon ini akan mula berkurang berikutan dengan peningkatan umur.
Testosteron merangsang tumbesaran sekunder remaja pada peringkat akil baligh. Bagi lelaki dewasa, testosteron menjana nafsu seks, membina tisu otot dan membantu mengekalkan paras tenaga. Oleh itu, paras testosteron yang tersisir dari paras normal boleh mengganggu kesihatan fizikal, mahupun mengubah sikap seseorang lelaki.
Jika anda pernah atau sedang mengalami keguguran rambut berlebihan, kekejangan otot, sakit kepala/ migrain, emosi terganggu, mudah naik marah, daya ingatan meleset, keletihan, kesukaran membuang kencing, nafsu seks berkurang. Maka anda mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon!
Langkah pertama adalah menyingkir toksin dalam badan supaya fungsi organ yang lembap akibat daripada pengumpulan toksin dalam badan boleh dikembalikan selepas penyingkiran toksin.
Anda perlu membuangkan toksin dalam usus besar dan hati dengan banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, tetapi kurang daging, makanan berminyak tinggi dan makanan terproses, minum air yang mencukupi dan membuang air besar setiap hari.
Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen yang berfungsi detoksifikasi. Produk berserat tinggi adalah salah satu pilihan yang baik kerana serat bukan sahaja membantu mencegah sembelit, ia juga memberikan rasa kenyang supaya anda tidak terlebih makan. Serat jenis larut air terbukti berkesan untuk mengawal paras gula darah dan kolesterol darah.
Langkah kedua adalah memelihara badan supaya fungsi penghasilan hormon dalam badan dikekalkan normal. Pengamalan diet seimbang seperti banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan lemak, gula dan garam, gaya hidup sihat seperti masa rehat atau tidur yang mencukupi, tabiat bersenam dan tidak merokok adalah antara syarat yang asas.
Terdapat juga herbal semula jadi yang boleh membantu dalam penghasilan hormon testosteron dalam badan secara semula jadi. ‘Maca’ yang tumbuh di dataran tinggi Andes, Peru telah diambil sebagai makanan untuk meningkat nafsu dan kesuburan sejak 3 ribu tahun yang lepas. Fungsi ‘Maca’ ini telahpun dibukti oleh banyak kajian yang menyatakan ia berkesan dalam menghilangkan kelesuan dan mengimbangkan hormon.
Kini, ‘Maca’ diguna sebagai ‘energy booster’ dan ramuan peningkatan ‘libido’ secara meluas dalam makanan tambahan atau suplemen. Banyak pengkaji mengiktirafkan ‘Maca’ sebagai ‘Viagra’ semula jadi. Malah, ‘Maca’ lebih baik daripada ‘Viagra’ kerana ia tidak akan membawa sebarang kesan sampingan, sebaliknya ia akan memelihara kesihatan dengan 55 jenis nutrien yang terkandung dalam ‘Maca’.
‘Tribulus Terrestris’ adalah ramuan semula jadi yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan India untuk merawat mati pucuk, meningkatkan nafsu seks dan mengubati ketidaksuburan. Kajian menunjukkan ‘T. Terrestris’ merangsang perembesan hormon testosteron. Berbeza dari bahan sterol yang lain, penggunaan ‘T.Terrestris’ secara berpanjangan tidak akan menindas perembesan testosteron. Kajian menunjukkan bahawa ‘T.Terrestris’ mampu meningkatkan nafsu seks melebihi 71%.
Penggunaan tumbuhan semula jadi untuk menyelaras paras hormon dalam badan selalunya lebih selamat berbanding terapi hormon atau pengambilan hormon sentetik secara oral mahupun suntikan. Yang penting, anda juga perlu mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat supaya kehidupan anda serta keluarga anda lebih gembira dan harmoni.
Sumber: Kisah Beanr

About Cite Malaya

Powered by Blogger.