Loading...
gengsensasi

'Benda tu suruh aku buat!' - Ibu terdengar 'suara' suruh kelar leher bayi sendiri


KOTA BHARU, KELANTAN - Wanita yang dipercayai mengelar leher bayinya yang berusia 2 bulan semalam mendakwa terdengar 'suara' yang menyurunya mengelar mangsa, lapor Berita Harian

Seorang rakan suspek bernama Lin, 32 berkata, beliau ada bertemu dengan wanita berkenaan di Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sebelum suspek di bawa ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, semalam 

"Sebaik saja mendengar suara tangisan bayi lain ketika menerima rawatan semalam, dia terus mencari Areesa (Nur Areesa Sofea) untuk memberikan susu. Saya cuba memujuknya dengan mengatakan saya akan beri susu kepada bayinya. Tetapi dia berkeras untuk menyusukan Areesa sendiri sedangkan bayi malang itu sudah pun meninggal dunia," katanya. 

Menurut Lin, pada pagi hari kejadian, suspek ada mengadu dalam group WhatsApp yang mengatakan anaknya batuk dan enggan menyusu badan dan tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir rakannya itu sebelum dikejutkan dengan tragedi tersebut. 

"Sebelum ini, suspek ada beberapa kali memaklumkan kepada rakan dalam group WhatsApp yang tempat tinggalnya (kuarters) kerap terdengar bunyi orang menumbuk lesung.

"Bila bertemu dengan suspek di hospital semalam, dia kerap berkata 'benda tu suruh aku buat' yang mengatakan ada 'suara' yang mengarahkannya mengelar leher bayinya," kata Lin. 

Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, Nur Areesa Sofea maut selepas lehernya dikelar oleh ibunya sendiri dengan pisau pemotong sayur di kuarters tentera di Kok Lanas. 

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik, Tumpat, semalam. - The Reporter


Artikel berkaitan:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.