Loading...
gengsensasi

7 TIPS UNTUK BAHAGIA MENURUT JAKIM!!




Bahagia adalah sesuatu yang subjektif. Setiap orang yang hidup di dunia ini mahukan kebahagiaan, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Malah, ada juga yang menyebut : “Dunia adalah tempat berpenat, akhirat adalah tempat berehat.” Namun begitu, persoalan demi persoalan sering sahaja menerjah ke minda.

“Adakah kebahagiaan itu akan singgah di hati semua orang?” “Apakah tips-tips yang boleh diamalkan untuk mendapat sekeping hati yang bahagia?” “Senangkah untuk meraih hati yang bahagia?”

 Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan bahagia itu adalah suasana senang, aman serta gembira. Tidak dinafikan bahawa setiap makhluk yang bernyawa mempunyai cara yang tersendiri untuk merasai nikmatnya bahagia. Ya! Terpulanglah pada kita untuk mencari jalan-jalan bahagia asalkan cara yang kita guna itu adalah cara yang diredhai oleh Allah SWT. Artikel ini akan menyentuh tentang tujuh petua untuk meraih hati yang bahagia:-


  1. Menjaga solat fardhu sepanjang masa. Solatlah pada awal waktu kerana solat itu adalah tiang agama. Jika solat ini dipandang ringan, bagaimanakah kita mahu menghadap Allah SWT di akhirat kelak? Hakikatnya, solat adalah amalan pertama yang akan dihitung di Padang Mahsyar yang penuh dengan lautan manusia. “Tidakkah kita mahu menjadi penghuni syurga?” Solatlah pada awal waktu untuk merasa bahagia di hati yang satu. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat Fardhu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah : 238)Menjaga solat fardhu sepanjang masa. Solatlah pada awal waktu kerana solat itu adalah tiang agama. Jika solat ini dipandang ringan, bagaimanakah kita mahu menghadap Allah SWT di akhirat kelak? Hakikatnya, solat adalah amalan pertama yang akan dihitung di Padang Mahsyar yang penuh dengan lautan manusia. “Tidakkah kita mahu menjadi penghuni syurga?” Solatlah pada awal waktu untuk merasa bahagia di hati yang satu. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat Fardhu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah : 238)
  2. Sentiasa memberi maaf. Apabila seseorang menghulurkan kemaafan, terimalah dengan dada yang lapang. Usahlah diungkitkan kesalahan yang lalu kerana tiada manusia yang maksum daripada salah dan silap sepanjang waktu. Terimalah maaf yang dihulurkan dengan hati yang tenang. Usahlah diingat segala kebaikan kita terhadap orang tetapi ingatlah setiap kebaikan orang terhadap kita. Mudah-mudahan ada bahagia di hati dan semoga silaturahim yang terbina akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa
  3. Perbanyakkanlah bersedekah. Allah SWT amat suka kepada mereka yang suka bersedekah. Sedekah tidak semestinya dalam nilai dan jumlah yang besar. Sedekah tidak semestinya dengan duit dan harta benda semata-mata. “Bukankah senyuman sudah dikira sebagai sedekah?” Apabila meninggalnya seseorang, tiga perkara yang akan memberinya pahala yang berpanjangan adalah ilmu yang dimanfaat, anak yang soleh dan sedekah jariah. Rebutlah peluang untuk bersedekah selagi Allah SWT masih memberikan kita nikmat untuk bernafas di bumi-Nya yang indah.
  4. Menyambung silaturahim dan janganlah sesekali kita memutuskan silaturahim sesama kita. Menjaga dan memanjangkan silaturahim merupakan amalan yang mulia. Amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung mestilah sentiasa diamalkan, bukan hanya setakat di pagi hari raya sahaja. Jika terdapat perselisihan faham, hendaklah segera memohon maaf dan tidak dipanjangkan pergaduhan itu sehingga memusnahkan perhubungan yang telah terjalin. Percayalah, mengalah tidak bermakna kita kalah!menziarahi dan kunjung mengunjung mestilah sentiasa diamalkan, bukan hanya setakat di pagi hari raya sahaja. Jika terdapat perselisihan faham, hendaklah segera memohon maaf dan tidak dipanjangkan pergaduhan itu sehingga memusnahkan perhubungan yang telah terjalin. Percayalah, mengalah tidak bermakna kita kalah!
  5. Hiduplah dengan penuh kesederhanaan. Bersederhanalah dalam semua perkara sama ada dari segi pakaian, percakapan mahu pun perbelanjaan. Jangan terlalu berlebih-lebih kerana berlebih-lebih itu bukanlah sifat Mukmin yang dicintai oleh Allah SWT. Boleh jadi rezeki yang kita punya terdapat hak orang lain yang perlu ditunaikan segera. Jika kita mempunyai lebihan rezeki, tidak salah untuk kita saling berbahagi.
  6. Jangan ada dendam dan dengki dalam hati. Hati mestilah bersih daripada sifat dendam dan dengki. Janganlah kita sakit hati apabila melihat kejayaan dan kelebihan orang lain. Perasaan dengki dan dendam tiada langsung kebaikan. Sentiasalah bersangka baik terhadap Allah SWT. Mudah-mudahan ada rezeki yang Allah SWT sediakan untuk kita juga apabila kita mendoakan kejayaan insan yang ada di sekeliling kita. Jangan pula kita hanya tahu mencari salah orang. Contohilah mereka yang berjaya dan jadikan kejayaan mereka sebagai obor pembakar untuk kita terus mengorak langkah maju ke hadapan.  
  7. Mengukir senyuman. Senyumlah seindah suria. Semoga senyuman yang manis bukan sahaja mendamaikan jiwa tapi auranya turut memberi kesan kepada mereka yang ada berdekatan. Senyum juga boleh menghilangkan tekanan pada diri sendiri. Senyumlah selalu, mudah-mudahan senyum kita menjadi penawar bagi hati yang sedang berduka dan menjadi sebab untuk orang lain turut berbahagia
SUMBER: SINAR ROHANI ISU 1 TAHUN 2016 (JAKIM)


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.
KLIK LIKE DAN [X] UNTUK BACA ARTIKEL Button Close