Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.”Al-Kahfi:13-14
1# Mempunyai Kekuatan Akidah
Remaja yang baik akan sentiasa memperkuat akidah dan keimanan mereka terhadap Allah SWT. Jika iman yang kuat sudah menebal, pasti setiap halangan akan berjaya ditepis sehinggakan menjadikan seseorang remaja itu kebal dengan apa-apa jua cabaran.
Jadi, bagi melahirkan remaja yang bertunjangkan Islam, didikan Islam haruslah disemai dari awal dan pastikan tidak hilang dari diri remaja itu. Takutkan Allah SWT menjadikan seseorang itu gerun untuk melakukan sebarang dosa, apatah lagi meninggalkan kewajipannya sebagai seorang hamba, contohnya solat lima waktu.
2# Mempertingkatkan Keperibadian Islam
Remaja yang berusaha menjaga keperibadian Islam akan menghindarkan dirinya daripada kemaksiatan. Caranya adalah seperti menghadiri majlis ilmu dan mendekati ulama. Bahkan meningkatakan keperibadiannya dengan sentiasa memperbaiki diri dalam aspek ibadah dan akhlaknya mengikut anjuran Islam.
Remaja yang menjaga keislamannya ini sebenarnya sangat bangga dilahirkan sebagai Islam dan tidak malu mengwar-warkan (berdakwah) akan agama Islam yang disanjungnya.
3# Tidak Mengutamakan Dunia
Remaja yang mempunyai ciri-diri dambaan syurga ini tidak menjadikan dunia sebagai matlamaat, bahkan hanya berpaksikan akhirat semata-mata.
Mereka sangat yakin bahawa kehidupan di syurag kelak adalah yang kekal dan lebih baik daripada apa-apa kesenangan di dunia ini. Bahkan apa-apa amalan yang dilakukannya di dunia ini pasti akan didakwa di akhirat kelak. Dengan itu akan semakin meningkatlah keimanan mereka terhadap Islam dan Tuhan mereka, Allah SWT.
4# Bermatlamat Dan Tetap Hala Tuju
Remaja yang dirindui syurga sangat tahu akan arah yang mereka cari, iaitu reda Allah SWT, itulah misi dan tujuan kehidupan mereka.
Apabila sudah jelas akan matlamat itu mereka akan menjauhui diri daripada melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT, bahkan menghampirinya saja mereka sudah takut dimurkai.
Hal ini menjadikan mereka para pemuda yang tidak mensia-siakan hidup dan kehidupan di dunia sebagai tempat mengumpul pahala dan kebaikan sahaja.
5# Istiqamah Dan Bersungguh-Sungguh
Golongan ini juga sangat bersungguh-sungguh dalam apa-apa jua yang diusahakan. Sesekali tidak mereka alpa dan bermain-main dengan hal yang tidak berfaedah dan melalaikan.
Kesungguhan ini membuatkan golongan ini menjadi hamba Allah yang lebih sabar dan tabah serta semakin bersungguh dalam mengejar apa-apa saja perintah Allah SWT di dunia.
6# Menghargai Masa
Para pemuda yang cemerlang in juga sangat bijak dalam mentadbir waktu. Mereka sangat menghargai waktu yang diberikan untuk menambah amalam ibadah demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagi mereka, jika membuang waktu sama saja seperti membuang peluang keemasan seasaa hidup mereka ini. Sesungguhnya orang-orang yang menghormati waktu adalah golongan yang maju dan berjaya.
Semoga kita sama-sama menjadi sebahagian daripada golongan yang didambakan syurga. Amin.
Sumber : tazkirah.net
via Bin Usrah