Loading...
gengsensasi

5 Tips Awet Muda Secara Semulajadi Tanpa Pembedahan Menyakitkan


Macam mana nak didefinisikan seseorang tu awet muda?
1) Kelihatan Muda
Of course lah kita nampak dia muda. Tapi selalunya kulit wajah kelihatan bersih tanpa sebarang noda. Lagi mulus, lagi muda nampaknya.
2) Fungsi Badan Yang Muda
Kelihatan aktif. Orang yang nampak cergas gerak sana-sini akan kelihatan lebih muda. Biasanya kalau budak-budak kecil kan tak reti duduk diam.
3) Tulang Yang Kuat & Sihat
Sokongan tulang yang kuat dan sihat akan membolehkan seseorang tu melaksanakan kerja-kerja seharian dengan pantas.
Kalau nenek memanjat dan melompat sana-sini dengan cucu, silap haribulan, orang ingatkan yang cucu tersebut adalah anak diaorang….hehehe
Jom saya kongsikan tips awet muda yang  boleh kita amalkan. Secara semulajadi dan tak perlu sebarang ubat atau pembedahan.

5 Tips Kekal Awet Muda Semulajadi

Tips Awet Muda #1: Hubungan Dengan Tuhan

Orang yang biasa menjaga hubungan dengan Tuhan ni selalunya lebih tenang.
Apabila kita berasa tenang, secara tidak langsung ianya akan terpancar pada wajah kita.Malah, orang yang memandang wajah kita pun akan turut berasa tenang dan tidak jemu.
Pernah tak tengok muka orang hafal al-Quran? Nampak bersih dan mendamaikan jiwa kita.
Jadi, langkah pertama adalah, jaga solat kita, banyakkan membaca al-Quran serta berzikir.

Tips Awet Muda #2: Tidur Yang Mencukupi

Kenapa tidur ni penting?
Sebabnya sel-sel badan kita akan diperbaharui sewaktu kita tidur.
Bayangkan kalau kita jenis tidur tak menentu.
Lama-kelamaan sel tubuh kita akan tinggal yang lama jer dan kesannya mula terserlah pada wajah, sendi, juga kesihatan menyeluruh.
Sistem badan kita pun jadi tunggang-terbalik. Hormon tubuh pun haru-biru.
Mulalah sikit-sikit nak stress, migrain, dapat pula mata panda, jerawat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, berat badan pun naik tak mahu turun-turun.
Agak-agak kalau rupa macam ni, orang nampak muda tak?

Tips Awet Muda #3: Minum Air Kosong Secukupnya

Air kosong sangat power! Air kosong ni adalah tips kecantikan yang paling murah dan senang diperolehi.
Amalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2Liter.
Kalau boleh minum lebih, lagi bagus. Nak-nak kalau kita jenis aktif atau banyak aktiviti luar.
Bila air dalam badan cukup, semua fungsi dalam sistem tubuh kita dapat berjalan dengan lancar.
Air ni sangat penting sebab 2/3 daripada tubuh kita terdiri daripada air.
Air yang mencukupi akan membuatkan kulit kita lebih bersih, lembap, anjal toing-toing, tegang dan sihat.
Tips minum air kosong:-
  • Nak senang sukat, guna bekas air 1 Liter atau 2 Liter dan habiskan dalam masa sehari.
  • Disiplinkan minum tiap kali nak solat atau 1/2 jam sebelum dan selepas makan.
  • Kalau jenis tak boleh sangat nak togok air kosong, boleh buat infused water. Air ni pun bagus untuk kesihatan sebenarnya.

Tips Awet Muda #4: Ubah Gaya Pemakanan

Kalau sebelum ni kita suka makanan merapu a.k.a junk food, bertukarlah kepada makanan yang lebih sihat atau makanan sebenar.
Junk food ni termasuklah juga processed dan fast food.
Junk food selalunya sangat tinggi kandungan garam. Garam ni pula akan sebabkan water retention pada badan kita termasuklah wajah kita.
Nanti badan akan jadi gemuk air. Muka pula akan nampak lebih sembab.
Garam yang tinggi pun boleh jadi punca berat badan naik serta timbul pula pelbagai jenis komplikasi kesihatan.
Lagipun, nak hasilkan junk food ni, macam-macam bahan kimia yang tak elok dicampurkan kat dalam tu.
Jadi untuk sihat dan awet muda, makanlah makanan sebenar yang lebih sihat.

Tips Awet Muda #5: Dapatkan Nutrisi Yang Sepatutnya Melalui Suplemen

Semakin meningkat usia kita, maka keanjalan kulit akan semakin berkurangan. Bila kulit semakin berkedut, maka kita akan kelihatan semakin tua.
Antara suplemen yang sangat mendokong kita menjadi awet muda ialah Collagen Powder, Vitamin E dan Vitamin C.
Collagen powder ni diperbuat daripada sisik ikan merah laut dalam. Dihasilkan dalam bentuk serbuk yang sangat halus iaitu 1,000 dalton.
Bila jirim dia sangat halus, maka penyerapan dan kesannya akan jadi lagi pantas.
Saya suka sangat kunyah collagen ni dengan kurma atau yogurt. Sedap, lemak dan berkrim.
Collagen ni sangat menyokong kesihatan dan keanjalan kulit, sendi dan seluruh tubuh.
Vitamin E ni pula kaya dengan anti-oksidan. Anti-oksidan ni akan jaga sel tubuh kita daripada musnah akibat tindakbalas radikal bebas.
Jadi sel kita akan sentiasa terpelihara.
Vitamin C pula, selain bagus untuk mencerahkan kulit, juga dapat bantu tingkatkan imun tubuh.
Orang yang sihat kan akan nampak lebih bertenaga dan ceria. Makin ceria kita, nampaklah makin muda.
Vitamin C pun galakkan penghasilan kolagen tau.

Sumber : myliferia.com


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.