4 Tahun Kahwin X Dapat Anak. Apa Ustaz Pesan Kat Mekah Buat Suami MENANGIS !!! | Assalamualaikum semua pembaca, pertamanya mohon maaf kalau penulisan ni ada terkurang atau terboring sekadar ingin berkongsi cerita sebagai salah satu pasangan yg Allah uji dengan dugaan lambat dapat zuriat. Tak lupa ucapan terima kasih buat pihak iium kerana sudi siarkan cerita sy yg taklah se’sweet drama SuriHati Mr.Pilot gittew..
Nama sy Munirah. Sy dan suami disatukan kira2 4 tahun yg lalu atas pilihan keluarga. Tak pernah kenal langsung sebelum berkahwin. Awal sebulan dua perkahwinan masih belum ada berita kehamilan, itu perkara biasa. Lambat sebulan dua biasalah kan, mungkin belum puas berkenalan, berbulan madu. Tapi bila mencecah 10 bulan – setahun, kami mula resah lebih2 lagi suami sebab katanya sebelah keluarganya jarang berlaku lambat kehamilan ni lebih dari 7-8bulan. Dan sy pun sejak berkahwin, haid jadi tak menentu padahal sebelum kahwin haid sy sangat teratur. Jadi bermulalah episod kami berikhtiar demi menimang zuriat sendiri.
Disebabkan tahun pertama perkahwinan kami berdua masih belajar di luar negara, jadi tak dapatlah nak ikhtiar cara kampung seperti mengurut dan sebagainya. Kami cuba buat checkup di hospital, utk suami takde masalah. Cuma sy ada masalah cyst di rahim tapi tak teruk. Doktor bagi ubat utk hilangkan cyst tu dan alhamdulillah hilang.
Kemudian pergi klinik lain pula sebab kami pindah ke tempat lain. Bermulalah fasa ttc (try to conceive) pula, doktor tu scan rahim dan katanya telur sy ada masalah tak cukup matang/tak besar macam saiz yg sepatutnya. Dia bekalkan ubat2 dan juga 7-8 injection buat sendiri di rumah dan injection tu sangatlah azab sampai sy menangis2 tekup muka kat bantal mungkin sebab ubat tu pekat atau entahlah. Haha.
Semua rawatan ambil masa lebih kurang 2 bulan juga sampailah doktor sahkan telur dan rahim sy dah kembali ke saiz yg sepatutnya, dan dia juga berpesan, walaupun semuanya dah ok tapi jangan sedih kalau masih belum hamil sebab ini semua dengan izin Allah jua.
Masa tu kami cuba minta doa dari syeikh2 juga, ada yg bagi amalan doa Nabi Zakaria, “Rabbi laa tazarnii fardan wa anta khairul waariseen..” Sebanyak 40x setiap kali sujud solat fardhu selama 40hari kalau tak silap. Kami amalkan juga. Orang kata sy tak hamil sebab gemuk, padahal takdelah gemuk pun cuma berisi sikit lah :p
Masa tu kami cuba minta doa dari syeikh2 juga, ada yg bagi amalan doa Nabi Zakaria, “Rabbi laa tazarnii fardan wa anta khairul waariseen..” Sebanyak 40x setiap kali sujud solat fardhu selama 40hari kalau tak silap. Kami amalkan juga. Orang kata sy tak hamil sebab gemuk, padahal takdelah gemuk pun cuma berisi sikit lah :p
Tahun pertama memang tahun ujian bagi kami berdua, dua2 takleh dengar orang tanya pasal anak, dengar orang baru dapat anak/hamil. Mesti balik rumah menangis2. Memang hati sensitif tahap cipan. Lagilah dengar pulak kakak ipar sy hamil lepas 2 bulan kahwin. Ape lagi melalak2 kat bilik air sorang2. Tak baik kan, padahal rezeki masing2 Allah dah tetapkan huhu. Korang jangan buat camni tau huhu.
Sampailah masuk tahun kedua perkahwinan, kami dah balik Malaysia. Masih juga belum ada berita atau tanda2 kehamilan. Kami ikhtiar pula cara kampung, berurut, makan jamu, baca kat internet minum air bunga raya yg kelopaknya 5, ayah sy siap gi beli pokok tu tanamkan kat depan rumah hahhaha. Tapi yelah kan nama pun ikhtiar, Allah jualah yg beri.. Masa ni dah lali sikit kalau dengar berita2 kehamilan, bersalin ni walaupun sebak2 sikit la dalam hati tapi masing2 hati dah kuat sikit.
Masuk tahun ketiga, kami dah tak cuba apa2 ubat2an cuma selalu minta orang2 soleh doakan, ataupun kalau ada orang tanya pasal anak, kami akan senyum je dan minta diorang doakan yg terbaik buat kami. Masa ni hati dah kuat, dah semakin percaya dan berserah pd Allah atas apa jua yg Allah takdirkan utk kami suami isteri. Dia jualah yg Maha Tahu apa yg baik buat kita semua. Firman Allah s.w.t :
وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن
تØبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون
تØبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون
Kemungkinan kamu membenci sesuatu padahal itulah yg terbaik buatmu, dan kemungkinan kamu menyukai sesuatu padahal itulah yg terburuk buatmu, dan Allah itu Maha mengetahui dan kamu tidaklah mengetahui.
(Surah Albaqarah : Ayat 216)
(Surah Albaqarah : Ayat 216)
Penghujung tahun ketiga, kami direzekikan Allah utk menziarahi RumahNya dan Masjid Nabawi. Seronoknya tak terkira sebab ini kali pertama suami menunaikan umrah, dan juga kali pertama kami suami isteri menunaikan umrah bersama2. (Semoga kita semua direzekikan lagi, lagi dan lagi ameen.)
Di sana terjadi juga ujian yg betul2 menguji kesabaran kami suami isteri. Salah seorang ustaz F yg ikut bersama kami dalam jemaah umrah, berbual dgn suami masa balik dari masjid, manakala sy dan isterinya ke kedai2 sebentar shopping gittew. Balik ke hotel, suami macam moody semacam tapi tak cerita lagi. Sampailah esokya lepas subuh, kami berdua jalan pulang dari masjid, suami mula buka mulut. Katanya ustaz F tu cerita dulu pakciknya pun 4-5 tahun kahwin takde anak, so dia kahwin satu lagi so dapat la anak. Jadi dia pun nasihat kat suami sy suruh kahwin satu lagi utk dapat anak cepat. Suami sy jawab juga, “sy redha ini semua kan rezeki dari Allah. Lagipun kamu pun tahu, kalau isteri sy boleh buat anak sendiri, dah lama dia buat anak sendiri. Tapi ni kan Allah yg buat, yg penting kita usaha dan tawakkal pdNya.”
Ust F tu taknak kalah, dia cakap2 lagi tak haram pun kahwin dua dsb (ye kami tahu ustaz) sampailah suami sy malas nak jawab dia diam je tapi dalam hati dah berbuku. Masa hujung2 dia cerita, dia menangis. Tak kisah dah depan orang lalu lalang tengok pun. Dia kata sambil menangis teresak2, “sy doa pd Allah, tunjukkanlah kuasaMu ya Allah pd dia.” Sy pun sebak juga tapi tahan taknak tunjuk depan suami. So sy pujuk dia, lain kali cakap dekat ust F tu, “ustaz dapat jamin ke sy akan dapat anak kalau sy kahwin satu lagi?” Suami diam je sambil tersedu2 tahan nangis. Esoknya masa kami nak tawaf wida’, kami berebut masuk hijir ismail dan luahkan semua yg terbuku dalam hati, tenggelam dalam esakan rintihan yg panjang sampailah polis tepuk suami sebab dia nak lalu so kami pun keluar. Masa tu betul2 berserah pada Allah lepas dah luahkan semua sakit hati pd kata2 orang. Lepas ni orang nak kata apa, katalah kami redha.
Balik dari umrah, sy haid tapi dgn jumlah yg sangat banyak. Tak pernah macam tu jadi. Sy niatkan semoga ni kesembuhan Allah nak bagi utk rahim. Mungkin jugak sebab sy banyak berjalan kat sana so darah jalan dengan sangat lancar takde jem2 hohoho.
Tahun ni masuk tahun keempat perkahwinan kami, kami tak sambut beria sangat macam tahun2 sebelumnya tapi adalah buat sambutan dgn keluarga. Sebab duit pun tak berapa nak ramai masa tu so sambut sekali je dgn keluarga takde sambut berdua honeymoon ke ape huhu. Dan hujung bulan yg sama jugak, birthday suami. Pun tak dapat beli hadiah apa2 sebab memang duit cukup2 makan je. Sedih jugak lah tapi suami pun paham sebab duit dia duit sy jugak. Masa tu haid sy pun dah mula lewat sehari dua hari sampai suami pun perasan, so dia suruh beli pregnancy test, sy kata nantilah. Satu malam tu sy beli jugak test tanpa pengetahuan suami, tapi takdelah berharap sangat macam sebelum2 ni sebab sebelum ni lepas test je mesti esoknya haid. Waaa sedih. Huhu.
Esoknya sy test lepas subuh, suami keluar jap beli sarapan. Masa test tu, jeng3 keluar 2 line! Alhamdulillah ya Allah nikmatnya tak terkata sampai dalam bilik air meraung2 menangis. Suami balik je rumah, sy suruh dia tutup mata, konon nak bagi hadiah. Dia bukak mata tengok test tu, dia tanya “apa maksud line2 tu ? Hamil ke ?” Sy angguk. Dia peluk sy sambil teresak2 menangis dan memanjatkan kesyukuran yg tak terkira pd Allah dalam sujud syukur. Dan maklumkan pd keluarga terdekat sahaja sebab kata orang, awal2 kehamilan ni elok diamkan dulu sampai 5-6 bulan baru bagitahu kat kenalan dan saudara.
Sekian cerita sy yg terpendam selama 4 tahun kauu. Haa. Doakan sy dan kandungan selamat hingga melahirkan. Semoga dikurniakan zuriat yg soleh solehah yg berbakti kepada ibu bapanya dan agama. Rabbi tammim bikher ya Rabb. Ameen.
Semoga Allah rezekikan juga semua pasangan yg belum dikurniakan zuriat, inshaAllah.
Pesan sy, jangan putus asa dgn rahmat Allah. Sebab setinggi mana pun kita usaha, Allah tetap akan bagi dengan rahmatNya bukan sebab usaha kita sebab usaha kita bukanlah ada apa2 kesan bagi Dia. Tapi sebagai hamba, tetap wajib kita berusaha cuma jangan iktikad Allah akan bagi sebab usaha kita yg itu ini. Wallahua’lam.
Dan amalkan juga istighfar banyak2, sebab dalam alquran pun Allah ada sebut, barangsiapa yg beristighfar Allah akan luaskan hartanya, zuriatnya dan kurniakan baginya nikmat2. Dan di zaman Nabi s.a.w pun ada kisah seorang sahabat mengadu tentang lambat dapat anak kpd Nabi, dan Nabi berpesan dgn perbanyakkan istighfar. Wallahua’lam.
Sekian perkongsian ikhlas dari sy, Munirah – Seorang : Isteri. Anak. Adik. Kakak. Ibu. Sahabat via IIUM.