VIRAL Video Dipukul Anak. Zarina DEDAH Cerita SEBENAR Yang Ramai TAK TAHU !!! | Dramatis Zarina Zainuddin menjelaskan insiden dia dipukul anaknya Raizal Azrai atau Azal, 21, hingga menyebabkan dia menangis hanyalah salah faham.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Teduhan Kasih ini berkata tindakan anak lelaki keduanya itu yang juga seorang autisme berpunca kerana remaja itu berasa keliru.
“Dia bertanya adakah sebab saya bertudung orang tak ambil saya berlakon lagi. Saya menjelaskan tak semua orang suka saya dan pada masa sama mungkin tidak ada watak yang sesuai. Saya kata, takkan nak paksa orang mengambil saya berlakon.
“Tapi anak saya tak faham perkara itu. Bukan apa, selama ini dia sudah biasa mengikut saya ke lokasi penggambaran. Jadi apabila saya lebih kerap berada di rumah dengan menguruskan perniagaan pulut kuning, dia jadi pelik.
“Azal selalu meminta saya membawanya ke lokasi penggambaran orang lain. Dia kata nak berjumpa dengan kru dan pelakon di situ. Pada usianya kini banyak benda dia nak belajar. Ada perkara saya tak boleh kata tidak. Sebabnya nanti dia memberontak dan naik angin. Apa saya boleh lakukan adalah membawanya keluar berjalan”, katanya yang juga mempunyai seorang lagi anak autisme bernama Azil.
Dedah Zarina lagi, itu bukanlah pertama kali beliau dikasari Azal malah sebelum ini dia pernah dicekik. Bagaimanapun sebagai ibu, dia tidak marah apatahlagi memukul Azal kerana memahami akan keadaan anaknya itu. Sebaliknya sekiranya Azal mengamuk, dia banyak menenangkan dan memberi penjelasan kepada Azal secara baik.
“Saya pernah dicekik. Macam yang dirakam dalam video itu, dia memang memukul saya. Kudrat lelaki memang kuat jadi saya berasa sangat sakit.
“Apa saja persoalan yang ditimbulkan saya perlu memberi pemahaman. Saya tak boleh marah atau naik tangan. Bimbang nanti jadi perkara lain pula. Mempunyai anak sebegini seseorang perlu tahu menggunakan cara yang betul. Saya secara perlahan-lahan mengingatkan mereka apa perkara yang boleh dan tak boleh.
Zarina berkata, dia bersyukur Azal seorang hiperaktif, pandai berdikari, rajin bangun pagi dan bersolat.
“Kalau di lokasi penggambaran, dia yang menanda skrip lakonan saya. Malah dia juga sentiasa mengingatkan saya berkenaan jadual dan keperluan yang perlu dibawa ke lokasi. Lagi satu dia mudah ingat dan kenal orang.
“Kalau nak tahu dia yang lebih teruja nak menghadiri apa saja majlis. Kadang saya malas nak pergi, tapi dia paksa. Azil pula masih bergantung kepada ubat. Namun saya tidak lagi mengizinkan dia mengambil ubat sekerap dulu,” ujarnya. Sumber:-Malaysian Digest