Perkongsian ini bukan mahu menjatuhkan mana-mana pihak, namun mahu mengambil perhatian dari pihak-pihak berkenaan agar tidak mengabaikan kemudahan dan kebajikan pihak sekolah berkenaan yang patut dijaga. Baca luahan dari isteri kepada guru yang bertugas di sekolah pendalaman di Sabah ini.
Oleh Esyira Rahim
Kali pertama aku dedahkan semua ini di public. Ramai kawan-kawan dan saudara mara yang tanya aku, okay tak mengandung tanpa suami? Thanks for the concern! Tak apa, korang relaks je. Aku okay je Perhubungan Jarak Jauh (PKK) ini. Rindu-rindu itu biasalah. Tak rindu, tak sayang, eh? Lagipun aku tinggal bersama keluarga, tak rasa sangat.
Tetapi itu semua cerita 10 bulan yang lalu, sebelum aku diberi rezeki mengandung. Bila dah mengandung pun masih okay lagi, tapi sekarang ini aku totally tak okay! Sebab? Ha.. panjang ni nak cerita. Harap korang bersabar baca cerita ini.
Ya, kami suami isteri PJJ. Sebelum korang nak kata "alah, orang lain pun PJJ juga, apa masalahnya?", PJJ orang lain itu tidak sama dengan kami. Bukan PJJ yang setiap minggu boleh balik atau boleh check ini mana-mana untuk berjumpa, setiap malam boleh berhubung melalui panggilan telefon, video call, tiap saat boleh WhatsApp apa semua. Bukan.
Jarak kami terpisah hampir 2,000 kilometer. Dia berada jauh di sebuah sekolah, SK Sibangali dalam hutan di sempadan Kalimantan dan aku di sini. Itu aku tak berapa kisah, asalkan masih boleh berhubung, bertanya khabar.
Untuk pergi ke sekolahnya, hampir 4 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu ke PPD Nabawan. Dari Nabawan, 3 jam perjalanan ke dalam hutan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Waktu ini, rangkaian perkhidmatan telekomunikasi sudah tiada. Ditambah pula dengan dua jam perjalanan menaiki bot. Boleh bayangkan?
Gambar dan maklumat perjalanan ke sekolah tempat suami bertugas, saya lampirkan sekali untuk korang lebih faham situasinya.
Jalan ke sekolah. Dengan 'teksi' yg bernilai RM300 sekali jalan |
Yaa. Lori balak pun guna jalan yang sama. Tersangkut lori balak, tersangkut jugaklah perjalanan |
Hai, jatuh gaung keteww? |
Dah tamat laluan darat, mari kita redah sungai pulak. Apa barang guna bot besar selesa. Ini pun dah bernilai RM100 sekali jalan |
Maka bersandarlah pada bahu teman-teman seperjuangan sepanjang 2 jam perjalanan meredah sungai. |
Yeayy, sampai sekolah. Cikgu tengah mandi ketewww? |
100% tiada rangkaian perkhidmatan telkomunikasi dalam hutan di sana. Malah telefon sekolah juga tidak berfungsi. Hanya berharap pada capaian internet sekolah sahaja. Tetapi internet juga semput.
Inilah genset yer anak-anak. |
Part ini pun aku masih okay lagi, asalkan ada internet dan ada peluang bertukar khabar melepaskan rindu. Tetapi part paling sedih, bila sistem jana elektrik sekolah mula meragam (guna tenaga solar) sejak bulan Mac 2016, maka guru-guru sekolah pun berpakat berkongsi duit untuk membeli genset untuk diwakafkan pada sekolah dan orang kampung di sekelilingnya.
Nampak tenang, kan? Tapi sekolah yg tenang jangan kau sangka tiada buaya. Eh |
Dan sekarang tahun 2017, elektrik tak ada dan genset sudah rosak. Internet tidak pernah dibaiki sejak hujung tahun lalu. Air memang kena pergi tadah air sungai je sebab paip dah kena potong.
Complete kan? Elektrik, air dan internet yang satu-satunya cara untuk berhubung dengan dunia luar terputus begitu sahaja. Jadi berbaloikah pengorbanan guru-guru kita (suami aku) di sana?
Tak, ni bukan sesi pemujaan. Ini sesi mencari cahaya kebenaran |
Bila ditanya pada pihak atasan, jawapan senang. Katanya tiada peruntukan. Aku rasa, tiap tahun Perdana Menteri bentangkan peruntukan untuk sekolah-sekolah dan tiap tahun juga kita dikhabarkan bahawa ekonomi kita semakin berkembang maju, kan? Ke mana pergi segala peruntukan tersebut?
Jadi, tolonglah. Aku merayu. Kalaupun masih tidak diberi peluang untuk suami aku pulang berbakti di Semenanjung, peluang untuk kami tinggal dan hidup bersama dengan bakal anak kami dalam masa terdekat ini, tolonglah berikan kemudahan selayaknya untuk para guru di pendalaman di sana. Ya, aku tahu aku dan anak aku kuat, tetapi kadang-kadang aku pun lemah juga. Aku perlukan suami aku, anak aku perlukan ayahnya.
Dan maafkan aku jika bertanya, cukupkah hanya enam orang guru termasuk guru besar ditempatkan di sekolah yang mempunyai pelajar seramai 100 lebih itu?
Oleh itu, aku mohon jasa baik korang semua untuk tolong 'sampaikan' kepada pihak berwajib agar kami suami isteri dan guru-guru bahkan anak murid di pendalaman sana mendapat pembelaan sewajarnya.
Sekian, dari isteri yang cuba berbakti dari kejauhan. Harap semuanya baik-baik saja. Cepatlah online.