Johor Bahru : Ipah tidak disangka apa yang awak cakap adalah petanda awak akan pergi buat selamanya, awak seorang wanita yang cekal kuat serta rajin.
Kita selalu bantu orang yang terlibat dalam kemalangan dan yang memerlukan bantuan APM kini sahabat awak yang mengangkat jenazah awak yang terbujur kaku akibat kemalangan yang menimpa diri mu.
Harian metro melaporkan Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Johor Bahru maut selepas terbabit kemalangan dua kenderaan berdekatan Pasar Borong Pandan, di sini tengah malam tadi.
Al-fatihah utk nya...
Seorg rakan setugas pergi mnghadap ilahi...sedih yg teramat..bila dia cuba berkata begitu sebelum dia pergi meninggalkan kita buat selamanya..
Apa2 pun Semoga kau ditempatkn dikalangan org2 yg beriman -Khatijah Omar Katy
Kejadian kira-kira 12 tengah malam itu mengakibatkan mangsa, Kamaruzalipah Muhamad, 41, yang memandu Perodua Kenari maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Shazarul Afidz Mohd Khairuddin berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 12.21 tengah malam.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian, didapati pemandu Volkswagen, Chan Khan Woon, 26, dan penumpang kereta warga Vietnam, Phan Thi Kien Tien, 19, mengalami kecederaan ringan.
"Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Shazarul Afidz berkata, mangsa yang meninggal dunia dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Jalan Kota Tinggi.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya. Al fatihah