Cite Malaya

SAYU : MAAFKAN ABAH NABILA .. JIKA MAMA MASIH ADA NABILA PASTI CANTIK PAKAI TUDUNG (8GAMBAR)

loading...
loading...
Begini lah tugas seorang suami tambahan apabila isteri tersayang telah tiada disisi, tugas menguruskan anak-anak adalah tanggungjawab nya.

Sebak membaca status ringkas yang dimuat naik oleh seorang bapa tunggal ini. Di kala anak-anak yang lain dihantar ke sekolah dengan seragam sekolah yang kemas dan teratur, murid perempuan ini pula dalam keadaan tudungnya yang tidak betul. 

Isteri Zubayry telah pergi dijemput ilahi akibat kanser Adenocarcinoma beberapa bulan lalu disaat anak-anak nya kini sedang membesar.

Status Zubayry Abady yang dimuat naik pagi tadi benar-benar mengusik hati ramai netizen. 
Nabila Hari ke2 Sekolah 
Hari ni Nabila ke sekolah pakai tudung baharu. Hadiah aunty dan uncle yang baik hati. Terima kasih banyak2. Nampak lawa sikit. Cuma Nabila mood tak berapa ok. Takmo bergambar.
Abah: "Kakak, mai la abah nak amik gambar kakak. Kakak kan dah lawa pagi ni. Abah nak tunjuk kat aunty dan uncle yang hadiahkan tudung ni."
Nabila: "Tak nak. Nanti abah masukkan dalam internet lagi. Kakak tak suka".

Abah: "Sapa cakap abah nak masukkan dalam internet. Mana kakak tau?"
Nabila: "Cikgu kakak yang cakap semalam. Dia tunjuk gambar kakak ada dalam internet."
Abah: ?????
*Sorry sayang. Abah tak sangka nak jadi viral*
*Abah hanya nak buat kenangan*





"Maaflah Nabila, abah tak reti pakaikan kau tudung. Senget benget. Kalau mama ada, mesti Nabila lagi cantik. Apa-apa pun, selamat menuntut ilmu. Esok kita cuba lagi pakai tudung ye.

"Jadi, buat suami-suami dan bapa-bapa di luar sana, jangan komplen kalau isteri atau anak-anak kita lewat bersiap. Memang susah nak adjust tudung ini sebenarnya," 

Ramai netizen yang melahirkan rasa simpati dan tidak kurang juga memberikan tunjuk ajar kepada Zubaydy bagaimana memakai tudung pada anaknya itu.

Ada segelintir netizen bertanya di manakah ibu Nabila, namun Zubayry hanya mampu memberikan jawapan berikut
:
 Mama Nabila sedang berkasih sayang dengan Allah di syurga...

Rasa sebak di hati bila terkenang akan nasib Nabila yang kehilangan ibunya dalam usia kecil sebegini. Semoga Zubayry dan anaknya sentiasa dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup dan berjaya dalam kehidupan di dunia serta akhirat. - Al fatihah 
loading...
loading...
loading...
loading...

About Media Cita Panas

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close