Loading...
gengsensasi

Sayu : Jasad kecil terkulai dibawah pagar .. Adik yaya maut dihempap pintu pagar taska (4Gambar)

PONTIAN : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap pintu pagar sebuah taska di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6.27 petang itu, mangsa, Nur Adawiyah Zulkifli yang juga merupakan murid taska terbabit disahkan meninggal dunia akibat cedera di kepala semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan 1 Malaysia berhampiran.
Alfatihah buat anak buahku yang telah kembali ke ramahtullah sebentar tadi.. pokcu doakan yaya tenang di sana.. Semoga umi n abah kuat menghadapi ujian ni.. Ya Allah kau tabahkanlah kakakku Elly Zul dan seluruh ahli keluargaku.. somoga segala urusan berjalan dengan lancar.. Alfatihah buat Nur Adawiyah Zulkifli .. last semalam pokcu jumpa yaya.. pokcu akan merindui yaya😩.. Allah lebih menyayangi kamu sayang - Sina 

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, semasa kejadian, ibu mangsa berada di dalam taska bagi membantu guru mengemas kelas setelah semua murid pulang.
Katanya, mangsa pula berada di luar bermain bersama kakak dan abangnya yang masing-masing berumur 7 dan 5 tahun.
"Semasa kanak-kanak itu sedang bermain, dipercayai rail pada pagar tembok terbabit telah terkeluar daripada landasan lalu menghempap mangsa.
“Menyedari bunyi bising, ibu mangsa telah berlari keluar dan mendapati anaknya sudah terbaring dihempap besi pagar taska berkenaan manakala abang dan kakak mangsa sempat menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

via CeritaGempakKomuniti

About Cite Malaya

Powered by Blogger.