Loading...
Cite Malaya

SAYU : BULAN TELAH PERGI 1.55 PAGI TINGGAL SEPI DUA BINTANG HATI..LUAHAN USTAZ ISTERI TERCINTA DIJEMPUT ILAHI AKIBAT KANSER DARAH TAHAP 4 (10GAMBAR)

Muar : Luahan sayu seorang suami apabila isteri tersayang telah dijemput ilahi pukul 1.55 pagi tadi di Hospital Muar akibat Kanser Darah  Limfoma Hodgkin (HL) tahap 4. 

Isteri kepada Ustaz Zainulfaqar Yaacob telah menderita kanser darah berbagai usaha rawatan telah dilakukan namun allah lebih sayang kan cikgu Siti Hajar.

Permergian cikgu Siti Hajar mengundang pilu keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali arwah dan suami.

Apa yang paling sayu anak perempuan Ustaz telah kehilangan ibu tersayang ini luahan sahabat arwah apabila melihat raut wajah anak perempuan arwah.

Gadis bijak, comel & solehah ni namanya Insyirah. Bangun pagi ni buka whatsapp dikhabarkan dengan sebuah berita tentang ibu Insyirah.
Allah lebih sayangkan ibu Insyirah.

Semoga Allah tempatkan rohnya bersama orang-orang soleh dan mereka yang dikasihi-Nya.
Nanti Insyirah mesti akan jadi hebat, cantik & baik macam ibu Insyirah. :‘)
Takziah utk Abg Enan sekeluarga & keluarga kak Hajjar. Semoga Allah kuatkan semua..
#insyirahsolehah -Khairunnabillah 

Pukul 1:55am 9/1/2017, zaujah kepada adinda saya Faqeh @ Zainulfaqar Yaacob  Siti Hajjar Hassan sudahpun kembali ke pangkuan Allah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Almarhumah menghidapi Kanser Darah Limfoma Hodgkin (HL) pada tahap 4.


Allah yang meminjamkannya kepada keluarga dan kita semua, Allah jua lebih menyayanginya. Pagi yang hening damai ini, diambilNya kembali milik mutlakNya.
Wahai Allah, Engkau anugerahilah Faqeh dan keluarganya ketabahan, kesabaran dan dikuatkan kesabaran mereka.
AL FATIHAH.





Satu kisah yang saya ikuti semenjak dari 6 tahun yang lepas.. kisah percintaan, kehidupan berumahtangga, perjuangan, perniagaan, sehinggalah penderitaan melawan kanser.. tenanglah dikau di sana wahai serikandi pejuang.. kepada kekanda pendidik Zainulfaqar Yaacob, salam takziah buatmu dan seluruh ahli keluarga.. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang mendapat perlindungan dan redha Allah - Mohd Fathihie

Urus jenazah di Rumah Mak Siti Hajjar Hassan berhadapan Masjid Kundang Ulu, Parit Medan Muar selepas Subuh. Solat jenazah jam 9.00 pagi.


Semoga dipermudahkan segala urusan Ustaz buat arwah isteri tersayang semoga roh arwah Cikgu Siti Hajar tenang disana. Al fatihah 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.