Loading...
Cite Malaya

Ramai ibu bapa yang lupa akan pengorbanan guru tadika


KENAPA GURU TADIKA HEBAT?

1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan berbagai cara.

2. Bila pelajar tak mahu bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa

3. Kadangkala ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan. Apatah lagi jikalau pelajar selsema.

4. Anak kecil kadang-kadang tidak fokus, kita cakap apa tak faham, tapi mereka sangat sabar melayani sehingga anak-anak ini boleh duduk buat kerja dalam kelas menjelang akhir tahun. Kita dengan anak kita seorang dua pun dah rasa tak berapa nak sabar, tapi mereka urus hampir 20 orang ok je.

5. Datang tidak tahu membaca, menulis dan mengira, hujung tahun semua pandai belaka. Ada juga ibu bapa yang tidak peka, sedangkan anak sudah lama boleh membaca 

6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku. Ibu bapa tolong sabar. Jangan baru dua tiga bulan hantar anak sekolah dah test mereka suruh baca surat khabar. (ini betul-betul berlaku). Bila anak tidak boleh membaca surat khabar dah kelam kabut tanya cikgu, kenapa anak saya tak boleh baca? adoi.

7. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? Kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang. 

8. Melatih mereka buat persembahan semasa Majlis Graduasi, latihannya berbulan-bulan, berpeluh mencurah-curah demi nak bagi ibu bapa bangga dengan anak mereka.

9. Kena sepak terajang masa awal persekolahan itu biasa. tapi cikgu balas dengan pelukan mesra. Siap bagi hadiah gula-gula 

10. Bila anak didik berjaya, guru Tadika lah yang paling gembira, biarpun kadangkala, pengorbanan mereka dilupa 

Mesej saya nak sampaikan, jika mahu anak berjaya, hormatilah guru mereka. Ini pesanan orang bijak pandai.

Cikgu tadika bukan sebarang orang, gaji mereka tidak seberapa tetapi keikhlasan untuk mendidik anak-anak kita hingga berjaya, itu yang utama. Mereka sangat istimewa, kesabaran dan pengorbanan belum tentu semua orang mampu laksana.

Jangan pandang kecil kepada mereka kerana pahala mereka mungkin lebih banyak dari kita. Mereka bimbing dan didik anak-anak kita dari zero ke hero.  Pahala mengalir tidak pernah putus sampai bila-bila.

Nurkilan rasa,
Guru Tadika

About Cite Malaya

Powered by Blogger.