Banyak perkara kecil yang kita pilih untuk tak ambil tahu. Contohnya semasa beli surat khabar, kita hanya selak-selak untuk baca tapi tak pernah ambil tahu apa fungsi empat dot warna yang ada pada tepi surat khabar. Walaupun ianya tak penting mana, tapi tak salah rasanya kalau kita berkongsi info.
Jadi ada 4 dot warna seperti dalam gambar di atas iaitu CMYK (cyan, magenta, kuning dan hitam) iaitu warna asas yang digunakan dalam percetakan. Plat warna ini diletakkan pada setiap muka surat yang berasing secara berbaris di tempat yang sama. Tujuannya adalah untuk mencetak imej berwarna dengan tepat. Kalau nampak mana-mana gambar jadi blur atau tak cukup warna, 4 dot warna ni akan jadi bertindih.
Sumber: Era.FM
via Bin Usrah