Loading...
gengsensasi

Penyebab dan Tips Mengatasi Masalah Kulit Naik Panau



Panau memang bukan asing lagi bagi kita, kebanyakan penyakit panau menyerang masyarakat asia yang beriklim tropik dan panas. Mesti ramai yang nak tahu apa sebenarnya penyakitpanau ini dan bolehkah penyakit ini disembuhkan? Panau memanglah bukanlah penyakit yang mematikan tetapi ianya boleh menjejaskan image seseorang kerana malu yang teramat dengan adanya penyakit ini. Penyakit ini menyerang sesiapa sahaja dan tak kira tua ataupun muda. Wanita, lelaki, remaja mahupun kanak-kanak boleh mendapatkan penyakit ini.

Penyebab

Panau atau Pitriyasis versicolor disebabkan oleh kulat yang bernama Pityrosporum ovale dipermukaan kulit. Panau adalah penyakit yang tak berbahaya, namun jika ianya dibiarkan akan sangat mengganggu. Terutama sekali bagi anda yang utamakan penampilan, panau akan menjadi musuh utama bagi anda. Panau berupa bercak putih sampai kecoklatan bahkan berwarna merah pada kulit. Biasanya bahagian badan yang boleh dijangkiti panau seperti bahagian belakang dada, belakang badan, leher, wajah, dan juga lengan. Penyakit ini tercetus kerana kurangnya menjaga kebersihan tubuh badan ditambah lagi dengan lebihan keringat sehingga boleh memicu berkembang biaknya kulat di kawasan berkenaan. Nampak sangat ringan dan tak penting tapi ianya penyakit yang memerlukan masa lama untuk pulih semula.
Sudah semestinya kerana penyakit ini anda akan merasa hilang keyakinan diri dan merasa malu berdepan dengan orang ramai. Mahu tak mahu anda harus mengatasi penyakit panau ini daripada merebak lebih banyak. Panau boleh merebak ke bahagian lain jika anda tak merawatnya. Faktor kebersihan dan sistem imun badan amat memainkan peranan penting dalam hal ini. Penyakit panau ini kadang tidak kita sedari sudah pun berada di tubuh badan kita. Gejala yang sering timbul seperti rasa gatal ketika melakukan aktifiti yang mengeluarkan peluh sehingga bahagian kulit yang terkena panau akan menjadi putih. Dan bahagian yang terlibat biasanya bersisik halus.

Anda boleh melakukan langkah pencegahan untuk membendung penyakit panau ini, diantaranya iaitu;

  • Menjaga kebersihan pakaian
  • Mandi secara teratur minimal 3 kali sehari
  • Memakai pakaian yang menyerap peluh
  • Makan makanan yang berzat dan seimbang
  • Guna tuala yang bersih
  • Tidak berganti-ganti pakaian dan tuala dengan orang lain
  • Mengambil makanan tambahan seperti Vitamin
Sumber: qasehfirdaus


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.