Loading...
gengsensasi

Minah scooter langgar kaki budak 5 tahun dengan sengaja


CHINA - Satu video viral di media sosial China menunjukkan seorang wanita dengan sengaja menunggang motosikal jenis skuter melanggar kaki seorang kanak-kanak, sementara rakan mangsa merayu agar wanita terbabit berhenti berbuat demikian. 

Dalam video berdurasi 40 saat itu, kanak-kanak perempuan itu dilihat cuba mengheret rakannya yang terbaring di kaki lima, dari wanita yang sedang marah itu.

Lapor Shanghaiist, wanita itu menjerit dan memarahi kedua kanak-kanak berkenaan dan secara perlahan-lahan menunggang motosikalnya dan melanggar kaki mangsa yang sedang menangis. 

Difahamkan, video itu dirakam di bandar Guangdong, Yangjiang dan dimuat naik ke media sosial pada 2 Januari, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.


Menurut laporan, mangsa merupakan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun. Sementara itu, wanita berkenaan telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut. 

Netizen di China meluahkan rasa kemarahan mereka dan mendesak agar wanita itu dikenakan hukuman yang sama. 

"Dia patut dipaksa baring di tengah jalan dan biar kakinya dilanggar traktor," kata netizen. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.