Loading...
gengsensasi

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat..Sama-sama kita doakan keselamat mereka semua


KOTA BHARU: Hujan lebat berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8, 878 mangsa hari ini. 

Kesemua mangsa membabitkan 2, 866 keluarga itu ditempatkan di 81 pusat pemindahan di sembilan daerah. Berdasarkan portal e-Banjir, hampir kesemua daerah di negeri itu sudah dibuka pusat pemindahan melainkan Gua Musang. 

Pasir Mas masih mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 4,545 mangsa daripada 1,790 keluarga yang berada di 27 pusat pemindahan. Kira-kira 80 peratus penduduk di daerah berkenaan terbabit dengan banjir yang melanda Kelantan sejak Sabtu lalu. 

Manakala, Kuala Krai mencatatkan seramai 1, 451 mangsa (350 keluarga); Machang 840 mangsa (209 keluarga); Kota Bharu 682 mangsa (170 keluarga). Manakala Tanah Merah 638 mangsa (135 keluarga); Pasir Puteh 217 mangsa ( 58 keluarga); Bachok 107 mangsa (27 keluarga); Tumpat 45 mangsa ( 11 keluarga). 

Sementara itu, Jeli beransur pulih apabila hanya mencatatkan 29 mangsa daripada 11 keluarga.

Sumber: Berita Harian


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.