Loading...
gengsensasi

Kulit Sekitar Muka Terkopek – Bahaya Produk Merkuri dalam Kosmetik



Keinginan wanita untuk menjadi cantik mendorong mereka untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang diragui keselamatannya. Jika dilihat di media sosial sekarang ini, rata-rata produk kecantikan tempatan menjanjikan kulit muka yang bersih dan putih dalam masa yang sangat singkat.

Bagaimana nak tahu produk kecantikan anda mengandungi bahan terlarang itu atau tidak? Penanda kasarnya ialah:

Produk ini tak terdapat di farmasi. Hanya terdapat di kedai atau kiosk jalanan. Ini kerana farmasi menyaring produk yang boleh dijual olehnya.

Produk ini takkan diiklankan di suratkhabar atau majalah yang terkemuka. Tetapi sering diiklankan di suratkhabar dan majalah berbentuk tabloid


Harganya jauh lebih murah dari harga produk yang dijual di farmasi. Ini kerana merkuri adalah murah.

Produk seperti ini sering diimport secara pukal dari China, India, Mexico dan dipek semula menggunakan berbagai jenis jenama. Umumnya ia akan dipekkan kepada set standard yang mengandungi pencuci muka, krim siang dan krim malam. Kesemuanya dipek bersaiz kecil.

Krim siang atau malamnya berbau wangi kuat untuk menutup bau logam merkuri
.
Jeragat tak boleh dihilangkan kecuali dengan laser. Ia hanya boleh dicegah dan dikurangkan saja. Namun krim bermerkuri atau berhydroquinon boleh menghilangkan jeragat seawal 2 minggu.

Kesan pemutihan dan kelicinan kulit boleh didapati seawal 2 minggu. Semakin lama digunakan, semakin putih kulit dan berubah ke merah jambu. Ini menunjukkan kulit semakin menipis. Kulit berasa pedih walau ditiup angin.

Jerawat langsung takkan tumbuh sepanjang menggunakan produk ini kerana lapisan kulit yang menipis akan turut merosakkan liang sebum.

Jika anda berhenti menggunakan produk tersebut, jeragat akan tumbuh lebih banyak dan warna muka menjadi tak sekata. Pendek kata, kulit menjadi berganda teruk dari yang asal sebaik saja berhenti menggunakannya.

Kulit sepatutnya menjadi perisai pertama tubuh terhadap serangan pathogen. Jika kulit sudah rosak dan menipis, bagaimana ia boleh menjalankan fungsi pertahanan badan?

Tambahan lagi, penggunaan produk seperti ini tak terhad merosakkan kulit, malah akan diserap ke tisu badan. Merkuri boleh merosakkan saraf, organ dalaman badan seperti otak, buah pinggang dan hati, serta mencacatkan kandungan jika pengguna mengandung.

Dapatkan nasihat pakar dermatologi atau pakar aestetik jika berasa risau dengan masalah kulit kusam dan berjeragat. Produk yang mereka cadangkan mungkin lebih mahal dan hasilnya lebih lambat.
Namun keselamatan jangka panjang lebih terjamin. Tak guna berkulit licin merah jambu namun jatuh sakit kemudian hari akibat kesan sampingan produk kecantikan.

 Sumber: Oh!Bulan


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.