Loading...
gengsensasi

Jangan tertekan sangat bila tak ada anak lagi



Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri-isteri di luar sana yang masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sangat-sangat kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yang berlalu. Tapi setelah enam bulan kahwin, tak ada lagi tanda-tanda akan mengandung, malah period datang macam biasa saja, macam tak bersalah pulak ye?

Lepas itu kita pun start rasa tertekan, 

Eh bilalah nak mengandung ni. Orang lain elok saja bunting pelamin segala, ada yang selepas pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. 

Kawan-kawan pula jenis yang tahu saja mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua. Selepas itu tak habis-habis bercerita tentang muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dengan cerita mereka.

Buat wanita/isteri yang mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak-anak buat kita.

Aku lihat ramai sebenarnya, yang boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3 tetapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tetapi suami tak sayang. Kena tinggal pun ada.

Sekarang fikir, kita yang lambat mengandung ini ada saja suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau tak ada zuriat bersama, masih bersungguh-sungguh ambil berat dan tak curang pun di belakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?

Kita suka sangat letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sebab mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sangat lupa, Allah boleh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sebenarnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita

Jangan tertekan sangat bila tak ada anak lagi. Kita kira anak-anak ini akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yang kita kena pikul. Selepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dengan agama. Mampukah kita sebenarnya?

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yang mencukupi, jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki untuk bahagian yang lain dulu sebelum diberi kepada anak. Sebab itu, ramai pasangan yang hidup gembira dapat pergi bercuti ke sana sini. 

Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yang akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nanti, takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pergi mana-mana lagi. Itu barangkali.

Terlalu memikirkan nak ada anak, sampai kita lupa ada pasangan yang mudah sangat nak dapat zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat. Mulalah keluar alasan, belum bersedia, tak ada keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Selepas itu, sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payahlah sedaya upaya agar tak ada janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan,

"Eh tak sukalah nak mengandung", "lecehlah mengandung", "ala 'eksiden' pula", "ala kenapa cepat sangat mengandung?", "penatlah, tak laratlah.."

Merungut sahaja! Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yang Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kahwin bertahun-tahun tak ada anak, rupanya ada takdir lain yang mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. 

Kita kira anak itu satu-satunya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas sayang, tak ada anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 orang tapi masih curang pada isteri!

Hidup ini perlu banyak belajar untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dengan cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yang lebih besar di akhirat sana. Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.