Loading...
gengsensasi

Jangan buat transaksi kad debit berkali-kali selepas cubaan pertama gagal

Ketika membuat pembayaran menggunakan kad debit baharu Maybank di sebuah kedai perabot semalam, juruwangnya memaklumkan bahawa kad debit tersebut tidak dapat digunakan. 

Semakan baki akaun secara online menyatakan berlaku transaksi RM952+, malah menerima mesej dari pihak bank bahawa pembayaran berjaya dilakukan. Malangnya, pihak kedai tidak menerima sebarang pembayaran dalam akaun mereka. 

Singgah di Sogo semalam, ada juga beberapa pelanggan yang tidak dapat menggunakan kad debit baharu mereka, sedangkan wang telah ditolak dari akaun bank. 

Masalah yang sama juga turut dikongsikan pekerja farmasi, RPh Hendrawati Mohd Sapuan, di laman Facebooknya semalam. 


Oleh RPh Hendrawati Mohd Sapuan

Malam tadi, ada pelanggan buat pembelian di farmasi menggunakan kad debit. Cubaan pertama, gagal dan begitu juga cubaan kedua. Lalu kakitangan memaklumkan transaksi tidak dapat dilakukan. 

Pelanggan itu memintanya mencuba lagi kerana dia baru saja gunakan di pasar raya Econsave tanpa sebarang masalah. Akur dengan permintaan pelanggan, juruwang berkenaan mencuba sekali lagi, namun keputusannya tetap sama, ERROR. 

Pelanggan sekali lagi mendesak juruwang mencuba sehingga lima kali dan kali keenam, juruwang berkenaan menolak untuk berbuat demikian. 

Bila pelanggan terbabit memeriksa akaun CIMB mendapati, sebanyak RM900++ telah ditolak dari akaunnya. Lalu dia meminta agar wangnya dikembalikan. Juruwang mengambil langkah bijak untuk bertanya kepada majikan terlebih dahulu. 

Bila buat settlement pada terminal, tiada rekod untuk transaksi tadi. Maka mengamuklah pasangan suami isteri itu dan bertegas meminta kami memulangkan duit mereka. Keadaan agak tegang, tambahan pula ramai ramai pelanggan pada waktu itu. Kami meminta pasangan itu duduk untuk selesaikan masalah ini. 

Dipendekkan cerita, selepas membuat panggilan ke pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya mereka akur. Duit tersebut memang telah keluar dari akaunnya, tetapi tidak masuk ke akaun kami. Difahamkan duit tersebut terapung dan pihak bank memaklumkan pemulangan semula akan dibuat dalam tempoh 15 hari. 

Kasihan pelanggan berkenaan. Duit itu mereka nak gunakan untuk anak-anak masuk sekolah, katanya. Kami tak dapat nak buat apa-apa. Transaksi sebelum ini dengan pelanggan lain tiada masalah. Tetapi kami berikan janji kami, jika duit tersebut masuk ke akaun kami, kami akan pulangkan kepada mereka secepat mungkin. 

Sebagai pengajarannya, jika anda menggunakan kad debit di mana-mana dan berlaku transaksi error, sila semak baki akaun anda. Jika berlakunya transaksi pembayaran namun tidak masuk ke akaun peniaga, usah mencuba berkali-kali lagi. Error tidak bermaksud transaksi tersebut berjaya. - RPh Hendrawati Mohd Sapuan

Dalam pengalaman diri semalam, pihak bank memaklumkan pemulangan semula wang akan dibuat dalam masa dua minggu. Selepas aduan dibuat, pihak bank juga menasihatkan agar tidak menggunakan kad debit sementara waktu. Dalam kes kami, wang telah dikembali dalam akaun pada hari yang sama. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.
KLIK LIKE DAN [X] UNTUK BACA ARTIKEL Button Close