gengsensasi

'Itu bukan ayah saya!'

loading...
loading...

KUALA LUMPUR - "Berani sungguh penyangak sekarang. Sampai ke sekolah mencari mangsa," demikian kata bapa mangsa seperti yang viral di media sosial. 

Menurut individu yang bertanggungjawab memuat naik tentang kejadian itu di sebuah sekolah mubaligh di ibu negara, Surur Ghazali berkata, kejadian itu berlaku pada anak seorang pegawai kakitangan Bank Simpanan Nasional. 

"Minta semua ibu bapa dan guru berhati-hati sebab semalam ada lelaki yang berbaju belang seperti dalam gambar mengaku ayah kepada anak saya, Mohd Zaim Irfan dan kononnya mahu mengambil anak saya untuk dibawa pulang. 

"Bila anak itu menangis dan berkata bahawa itu bukan ayah dia, cikgu terus menghubungi dan bertanyakan pada ibunya sama ada ayahnya datang untuk mengambil anaknya atau tidak," tulis Surur. 


Status dan gambar yang dimuat naik itu telah dikongsi sebanyak 3,068 kali di media sosial mencetuskan kebimbangan para ibu bapa akan keselamatan anak-anak mereka. 

Menurut Farah Azira, dia mengenali lelaki dalam gambar berkenaan yang dikatakan tinggal di kawasan rumahnya. 

"Lelaki ini ada tinggal di kawasan rumah saya. Setahu saya dia ini tak betul. Dia sudah berkahwin dan ada anak, tetapi bercerai. Mungkin dia rindu pada anaknya. 

"Semalam dia ada minta tolong hantar dia ke Jalan Duta. Dia cakap nak balik Kedah, mungkin nak balik tengok anak dia. Tetapi dia ini memang tak berapa betul, cakap pun seorang-seorang," katanya. 



Berdasarkan perkongsian netizen, lelaki terbabit dikatakan mempunyai masalah mental dan sering membawa benda tajam. 

Laman Facebook rasmi sekolah berkenaan juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. Menurut sumber, pihak sekolah yang dihubungi juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan.

Bimbang dengan keselamatan anak-anak, netizen mendesak pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan sekolah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. - The Reporter
loading...
loading...
loading...
loading...

About Media Cita Panas

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close