Loading...
Cite Malaya

Isteri Pertama Meninggal. Apa Jd Selepas Suami Kahwin Baru Buat Ramai TERKEJUT !!!

Isteri Pertama Meninggal. Apa Jd Selepas Suami Kahwin Baru Buat Ramai TERKEJUT !!! | Terima kasih admin sudi publish kisah aku ni.. Tiba2 diri ini rasa nak bercerita tentang isteri aku. Atau lebih tepat lagi, isteri kedua aku.

Nama aku Man. Lebih 4tahun yang lalu aku dah pernah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hati aku. Kami bercinta sejak dari sekolah menengah lagi. Aku gelarkan dia Wani la ye. Wani ni seorang gadis pemalu, cantik dan menarik. Tapi umur dia tak panjang. Aku masih ingat lagi kejadian yang dah meragut nyawa Wani. Waktu tu perkahwinan kami tak sampai 4bulan pun lagi..
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Petang bila balik aku ambil dia dari kolej. Tak tahu kenapa aku terlalu mengantuk time drive petang tu. Wani ajak tukar seat biar dia yang drive tapi aku tak bagi sebab dia baru disahkan hamil dan selalu pening kepala. Entah macam mana kereta kami terbabas. Aku tak ingat apa yang berlaku, sedar2 aku dah kat hospital. Aku dapat tahu aku koma hampir sebulan. Wani? Dia meninggal di tempat kejadian. Dia bukan setakat pergi seorang, tapi dia pergi bersama bakal anak aku juga.
Bayangkanlah perasaan aku macam mana bila orang pertama yang aku cari saat sedar dari koma tu rupa2nya dah tinggalkan aku hampir sebulan yang lalu. Waktu tu aku tak ingat berapa lama aku menangis. Aku tak dapat maafkan diri aku sebab aku punca kemalangan tu berlaku. Aku asyik tertanya2 kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku sekali??
Kenapa aku perlu hadapi semua ni??
Bertahun2 aku meratapi apa yang berlaku..
Sehinggalah dua tahun lepas makabah aku buat keputusan untuk carikan calon isteri untuk aku. Kata diorang selagi aku tak kahwin, selagi tu hidup aku serabut dan tak dapat lupa apa yang dah jadi dulu. Mula2 aku tak setuju, bagi aku isteri aku hanya satu tiada yang lain. Tapi bila melihatkan kepada makabah aku yang sangat risaukan aku, aku akur. Dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa aku rasa serba salah pada wanita yang akan aku kahwini nanti sebab aku tahu aku takkan dapat mencintai dia. Hati aku dah terkunci mati untuk arwah Wani.
Selang beberapa bulan, aku pun selamat menikah dengan seorang gadis, anak kenalan makabah aku. Senang cerita aku gelarkan dia Ana je lah. Ana ni kalau nak dibandingkan dari segi fizikal dengan Wani memang jauh beza. Dia tak secantik Wani. Yang paling ketara adalah badannya yang berisi atau tak keterlaluan kalau aku katakan gemuk. Tapi kadang2 tengok comel jugak. Haha. Sepanjang awal perkahwinan aku memang tak layan dia baik. Kadang2 aku lagi suka tidur office daripada aku balik menghadap dia dalam keadaan aku serba salah.
Ana ni walaupun tak cantik, tapi hati dia baik. Dia tak pernah mengeluh pun dengan cara aku melayan dia. Segala2nya tentang aku dia jaga, makan minum pakaian aku semua dia jaga. Cuma satu je aku tak tahan mula2 tu, dia banyak cakap. Ada je benda nak cerita. Aku? Dengar macam tak dengar je. Sejujurnya mula2 aku memang malas nak layan dia. Tapi kadang2 aku tertarik jugak dengan cara dia bercerita. Kelakar pun ada. Cikgu tadika la katakan, memang suka bercerita agaknya. Kalau sehari tak bercerita memang tak sah.
Lagi satu Ana ni jenis kepoh dan peramah. Bayangkanlah saudara mara aku lagi rapat dengan dia berbanding aku. Semua orang dia nak tegur. Jiran2 aku pun semua dia kenal dah. Aku sendiri pun tak kenal jiran aku sangat. Ana ni jugak tak berapa pandai masak. Beza dengan Wani dulu. Tapi Ana suka mencuba. Setiap kali dia masak, dia akan paksa aku makan dan bagi komen. Kalau sedap, dia akan buat lagi dan bagi kat jiran2. Aku pulak naik tersipu2 bila jiran2 aku puji isteri aku macam2.
Lama2 aku rasa hati aku terbuka untuk terima Ana. Sikap dia yang bersahaja dan suka ketawa tu sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan aku yang dulu. Hari2 aku jadi semakin ceria. Dia pun memang jenis yang sangat memahami. Pendek kata Ana ni memang ada ciri2 isteri yang perfect cuma ada masalah dengan obesiti saja. Itu bagi aku.
Kemudian ada satu hari tu dia menyatakan hasrat nak kurus dan paksa aku jadi coach dia..Ya, paksa. Dan aku pun terpaksa melayan karenah dia sebab aku dah mula sayangkan dia. Tiap2 petang aku rushing balik rumah semata2 nak temankan dia jogging kat taman. Disebabkan selalu melayan karenah dia, hubungan aku dengan dia makin rapat.
Satu hari tu aku perasan gambar arwah Wani dalam gallery phone Ana. Aku pelik so aku pun tanya dia apa tujuan dia simpan gambar Wani ni? Rupa2nya gambar tu penyebab dia berusaha nak kuruskan badan. Dia nak aku tertarik dengan dia sama macam aku tertarik dengan arwah Wani dulu. Dia tahu aku mungkin takkan boleh cintakan dia sama macam aku cintakan Wani, tapi sekurang2nya dia tak nak nampak hodoh dan selekeh depan aku. Dia tak nak kalah dengan arwah Wani.
Waktu tu aku rasa kesian dan serba salah pun ada.. Jujur aku katakan, memang aku tertarik dan jatuh cinta dengan arwah Wani dulu sebab kecantikan dia. Tapi dengan Ana, sikap dia yang sabar dan baik hati tu yang buat aku tertarik dan jatuh cinta pada dia. Rupa, lama2 akan luput jua. Tapi peribadi yang baik, sampai bila2 takkan luput dari ingatan. Aku tahu perkahwinan kedua ni memang satu hikmah buat aku. Selama ni aku tak berlaku adil pada Ana. Hampir setahun kot tapi Ana langsung tak pernah mengungkit walaupun sekali. Kejamnya aku!
Aku suruh Ana buang gambar arwah Wani dan aku pun buat perkara yang sama. Segala kenangan dengan arwah aku simpan jauh2. Tapi azam nak kurus tetap diteruskan jugak. Bukan sebab aku nak Ana jadi cantik macam model, tapi aku nak Ana sihat. Sejak haritu aku memang nekad nak jaga Ana baik2. Bila aku sedar yang obesiti tu boleh mengancam nyawa, aku sedaya upaya bantu apa yang patut. Aku jaga pemakanan Ana, support dia untuk jadi sihat. Aku tak nak Ana sakit. Cukuplah aku pernah kehilangan Wani dulu disebabkan kecuaian aku. Aku tak nak rasa lagi perasaan kehilangan untuk kali keduanya..
Sekarang lepas dah beberapa bulan jalani regim diet cara aku, Ana dah dapat berat badan yang ideal. Dia pun dah semakin sihat. Kalau dulu dia ada darah tinggi, kolestrol tinggi segala2nya tinggi, sekarang tak ada lagi dah semua tu. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni bila dah hamil pun aku tak perlu risau sangat sebab dia pun dah terbiasa dengan healthy lifestyle yang aku terapkan selama ni. Aku harap semuanya berjalan lancar dan anak kami nanti dapat lahir dengan sihat. Amiin.
>> Kadang2 kita terlalu hidup dalam kenangan sehingga kita lupa pada anugerah yang Allah berikan dihadapan kita. Hargai dan syukurilah mereka selagi mereka masih bernyawa..<< Sumber Man via IIUM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.