Loading...
gengsensasi

Hati-hati dengan nombor ini, panggilan pukau kebas duit orang


KUANTAN, PAHANG - Seorang peniaga online mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa pukau setelah menerima panggilan dari seorang individu. 

Dalam kejadian jam 11 malam 29 Disember tahun lalu, mangsa, Mairah Mustafa, mendakwa dia hilang ingatan seketika selepas berbual dengan individu yang tidak dikenali itu. 

"Saya simpan nombor telefon 011-123828634 selepas terbaca status sahabat di Facebook yang menyarankan orang ramai  berhati-hati jika menerima panggilan telefon dari individu terbabit kerana rakan kepada sahabat saya telah ditipu sebanyak RM3,800. 

"Dengan niat nak berjaga-jaga, saya simpan nombor itu. Namun terkejut bila rekod telefon menunjukkan individu berkenaan telah menghubungi saya pada jam 1.19 tengah hari, semalam. 

"Tahu apa yang berlaku? Saya sangat-sangat pelik sebab saya langsung tak ingat apa-apa, dengan siapa saya bercakap, tentang apa, semua tak ingat langsung sedangkan masa perbualan adalah 1 minit 12 saat," katanya yang bimbang jika dia terberi maklumat penting dirinya kepada individu terbabit. 

"Saya bimbang saya terberi maklumat peribadi seperti kata kunci perbankan internet, maklumat kad bank atau yang sewaktu dengannya. Bila semak akaun, mujur tiada apa perubahan yang berlaku," katanya. 

Susulan kejadian itu, Mairah memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang berada di Ipoh yang menasihatkannya membaca surah 4 Qul. 

"Saya ikut nasihat suami, duduk tenang dan baca. Masuk saja surah Al-Nas, tiba-tiba ingatan saya datang kembali dan saya ingat perbualan kami selama 1 minit 12 saat itu. Menggigil sejuk badan kaki dan tangan pada ketika itu. 

"Allahuakbar, besarnya kuasa Allah. Surah itu memang sangat berguna dengan sihir. Berkait sangat dengan bisikan jin dan manusia," katanya. 

Jelas Mairah, individu berkenaan yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Ida bercakap dengannya seperti sudah lama kenal. Namun dalam perbualan itu ada sesuatu yang membuatkan Mairah marah dan tidak menyenangi perbualan itu. 

"Dalam talian, cara dia bercakap macam dia orang paling dekat dengan saya. Dia memperkenalkan diri dia sebagai Kak Ida yang selalu ambil stok. Tapi tak tahu macam mana saya tak suka sangat bercakap dengan dia sampai saya marah sebelum dia tamatkan panggilan. 

"Bayangkan satu minit itu sangat lama. Dia macam berdolak dalih bercakap entah apa-apa sampai buat saya marah dan meninggikan suara. 

"Bila search di Facebook, rupa-rupanya dah ramai kena tipu di mana kesemua mangsa masukkan duit dalam akaun dia tanpa sedar. Alhamdulillah saya tak menjadi mangsanya sebab sempat marah dulu," katanya. 

Justeru, Mairah meminta orang ramai terutamanya peniaga online berhati-hati apabila mendapat panggilan daripada individu yang tidak dikenali. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.