Loading...
gengsensasi

'Hancurnya serpihan motor hang, sama hancur hati kami kawan-kawan...'

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Perginya seorang sahabat yang dikenali sejak tahun 1991 akibat tindakan tidak bertanggungjawab seorang pengguna jalan raya. 

Mohd Ein, meluahkan rasa sedih dan masih tidak dapat percaya dan menerima kejadian yang baru menimpa sahabat baiknya, Ayie Ariff, seorang yang dianggapnya sebagai sahabat sejati. 

Kami bersimpati dengan pemergian rakan Mohd Ein. Beringatlah semua, jangan kerana tindakan kurang cerdik anda, nyawa orang lain melayang. Semoga kejadian ini, menjadi pengajaran kepada semua agar jangan melanggar peraturan jalan raya. 

Al-fatihah untuk Ayie Ariff, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. 

Foto - Mohd Ein
Oleh Mohd Ein

Semalam, sekitar jam 8.30 malam, aku kehilangan sahabat yang dikenali sejak tahun 1991 gara-gara kebodohan manusia lain membuat U-Turn di tempat yang tidak sepatutnya dan dengan bangganya. 

Ayie Ariff, seorang sahabat penceria suasana. Dibahan dengan teruk pun tak pernah ambil hati. Minta bantuan, tak pernah ditepis. Jiwa sahabatnya tinggi, bergurau tak pernah henti. Ada sahaja benda nak dibuat isu jadi bahan lawak dan dia tak pernah merajuk dengan kawan-kawan. 

Aku ingat lagi, dia antara yang menziarah aku ketika aku kurang sihat dulu di kampung. Dia yang menunggang motosikal dari Kedah, tunggu aku di Penang. Masa itu, aku dari menunggang motosikal seorang diri dari Kuala Lumpur. Dia nak escort aku, takut sejarah ride sampai katil hospital berulang. 

Terima kasih Ayie...

Jam 1 pagi semalam, aku pergi ke Hospital Banting untuk menziarahi jasadnya. Malangnya Ayie, jodoh kita tiada semalam. Rumah Mayat ditutup dan tidak menerima pelawat lagi. 

Aku tak mahu balik dengan tangan kosong, Ayie. Aku dan kawan cari tempat kemalangan itu. Memang tak logik akal dalam bandar Banting ketika orang sedang sibuk pulang dari kerja, ada pengguna jalan raya yang bangang buat U-Turn di jalan utama. 

Lokasi kejadian dan anak panah menunjukkan arah pemandu kereta dan motosikal mangsa sedangkan papan tanda melarang pengguna membuat pusingan U | Foto - Mohd Ein
Serpihan motosikal mangsa masih berada di tempat kejadian  yang ditemui oleh rakan mangsa | Foto - Mohd Ein


Apa yang aku dapat lihat hanyalah serpihan motosikal Ayie di atas jalan. Hancurnya serpihan motosikal Ayie sama hancur hati kami sebagai kawan-kawannya. Semua terkejut dan masih tidak percaya yang Ayie pergi dulu dan buat selamanya. Kami terpaksa menerima takdir ini. 

Rezeki hang pergi di malam penghulu hari...

Doaku, semoga Ayie ditempatkan dalam golongan orang-orang bertakwa. Damailah engkau di sana. Tiada lagi senda gurau kau, Ayie. Kehilangan kau amat dirasai oleh kami semua dari Sahoca 98. Dan kehilangan kau akan menjadi pemangkin keakbran kami yang masih hidup di SAHC98. Kau yang akan kami rindui dan kenang selamanya. 

Aku akan rindu ayat "Hang diam sat dobel" yang selalu aku guna pada kau dalam WhatsApp group kita. 

Doakan sahabat saya ini. Salam takziah buat keluarganya. - Mohd Ein

About Cite Malaya

Powered by Blogger.
KLIK LIKE DAN [X] UNTUK BACA ARTIKEL Button Close