Loading...
Cite Malaya

'Haa panjat lagi, kan polis dah cari'


IPOH - Susulan viral sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan memanjat mercu tanda 'IPOH' di media sosial semalam, polis meminta kesemua individu yang terlibat tampil menyerah diri bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tengah malam tadi berhubung kejadian tersebut. 

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan diri atau orang lain. 

"Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih dari tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Difahamkan, polis kini sedang mengenal pasti dan mengesan kesemua individu yang terlibat. Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sekumpulan anak muda terbabit tampil menghubungi pihak polis. - The Reporter


About Cite Malaya

Powered by Blogger.