Loading...
gengsensasi

FADHILAT DAN CARA MENJAWAB LAFAZ SERUAN AZAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Menjawab lafaz seruan Azan dan Iqamat hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara setiap kalimah. Dalam solat jemaah, cukup cuma seorang sahaja seperti bilal (muadzin) yang melaungkannya lafaz dan seruan azan, tidak perlu lagi orang lain mengumandangkan. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut atau menjawab seruan Azan tersebut mengikut sama sebagaimana yang dilafazkan oleh muazzin.
.

Bagaimana Lafaz Jawapan Ketika Mendengar Seruan Azan

.
Diriwayatkan hadis daripada Malik daripada Zuhri dari ‘Ata’ bin Yazid dari Abi Said al-Khudri (ra) berkata: “Bahawasanya Rasulallah  bersabda: Apabila mendengar kamu panggilan Azan, maka sebutlah seumpama apa yang dilafazkan oleh muazin.” (Hadith an-Nasa’i)

Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah  bersabda, “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan muazzin (orang yang mengumandangkan azan) itu.”
.

Ketika mendengar seruan Azan yang dilaungkan oleh bilal (muadzin), kita hendaklah mengikuti atau menjawab sama sebagaimana diucapkan oleh muazzin dalam Azan tersebut dengan secara perlahan dan satu persatu sehingga ke akhir, kecuali berbeza jawapannya pada 3 kalimah berikut:
.
1.  Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
Jawab Azan 1.
2.  Dan lafaz kalimah berikut:
Jawab Azan 2.

Kedua-dua seruan di atas, hendaklah dijawab dengan lafaz:
Jawab Azan 3.
.
3.  Ketika Azan Subuh, apabila muazzin mengucapkan lafaz :
Jawab Azan 4     .
Kita hendaklah menjawab dengan lafaz :
 Jawab Azan 5
.
Atau boleh dijawab dengan lafaz yang lebih lengkap :
Jawab Azan 6
.
.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut :

“Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan azan sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya….”
.
.

FADHILAT MENJAWAB LAFAZ DAN SERUAN AZAN


1.      Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah  bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.”     (Riwayat Imam Muslim).

2.      Menjawab dan menyahut seruan azan amat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah  memberi amaran: “Sekiranya dituangkan cairan timah panas  ke dalam telinga seseorang itu adalah lebih baik baginya daripada ia mendengar azan tetapi tidak menjawab dan menyahutnya.”  (Riwayat Abu Hurairah r.a.)

3.      Rasulullah    bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
Doa Selepas Azan  (Klik Di Sini)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.
KLIK LIKE DAN [X] UNTUK BACA ARTIKEL Button Close