Loading...
BSM

Dikecam Panjat ‘IPOH’..Ini NEKAD Norfarihan Akan Lakukan Di Luar Negara Buat Netizen TERDIAM !!!

Dikecam Panjat ‘IPOH’..Ini NEKAD Norfarihan Akan Lakukan Di Luar Negara Buat Netizen TERDIAM !!! |Kumpulan lapan remaja yang memanjat papan tanda `Ipoh’ di Jalan Kuala Kangsar di sini baru-baru ini mengakui telah belajar daripada kesilapan akibat aksi berbahaya mereka.

Salah seorang remaja ber­kenaan, Norfarihan Baharudin, 23, berkata, kejadian itu yang menular di laman sosial menyedarkan mereka bahawa aktiviti lasak perlu dilakukan mengikut saluran yang betul.

ARTIKEL BERKAITAN : Biodata & Gambar Norfarihan Baharudin Remaja Panjat Mercu Tanda Ipoh, Bukan Calang Orang Rupanya !!!

Justeru, dia meminta sesiapa yang berniat melakukan perbuatan serupa agar membatalkan hasrat tersebut.
“Saya dan rakan-rakan sudah belajar daripada kesilapan ini dan berharap masyarakat mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.

“Jadikan isu ini sebagai iktibar kepada mana-mana individu yang ingin atau berniat untuk mencuba sesuatu seperti kami supaya membatalkan hasrat ter­­sebut,” katanya kepada pemberita Utusan menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Semalam, kesemua lima lelaki dan tiga perempuan dalam kumpulan itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 24 tahun tampil memberi keterangan di Balai Polis Kampung Tawas selepas menerima kecaman hebat masyarakat gara-gara mela­kukan aksi berbahaya itu.

Dalam pada itu Norfarihan berkata, kejadian yang berlaku itu tidak melunturkan hasratnya untuk terus menceburi sukan lasak kerana dia sememangnya penggemar aktiviti tersebut sejak dahulu lagi.

Menurutnya, aktiviti ber­ke­naan walau bagaimanapun akan dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Betul, saya akan teruskan minat tetapi mungkin bukan di negara ini. Di Malaysia, mungkin dianggap terlalu bahaya untuk melakukan aktiviti seperti ini,” katanya.

Sementara itu, semakan di laman Instagram Norfarihan mendapati gadis itu memuat naik gambar dengan kata-kata positif berbunyi `Memilih Untuk Optimistik, Itu Lebih Baik’ ( Choose To Be Optimistic, It Feels Better).

Norfarihan mengungkapkan kata-kata itu sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan dalam laman Instagramnya kerana memahami situa­sinya ketika ini.

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

The post Dikecam Panjat ‘IPOH’..Ini NEKAD Norfarihan Akan Lakukan Di Luar Negara Buat Netizen TERDIAM !!! appeared first on BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.
KLIK LIKE DAN [X] UNTUK BACA ARTIKEL Button Close