Loading...
gengsensasi

'Dia putuskan rantai & buang untuk kurang gram supaya mangsa bayar lebih'


Aduan Syira Shah

Assalamualaikum semua. Jangan mudah tertipu dengan peniaga biadab yang menjual emas ini. Ini cerita kawan di tempat kerja saya. Tolong viralkan, takut ramai lagi yang akan terkena. 

Kawan saya ini tiada akaun Facebook, jadi dia suruh saya ceritakan sebab dia memang geram dengan peniaga kedai emas ini. 

Sabtu 14 Januari jam 10 pagi di Kampung Jawa Melaka. Rasanya memang ramai orang Melaka yang selalu beli barang kemas di situ kan? Kononnya murahlah kan. 

Kawan saya ini nak betulkan rantai anak dia yang sudah putus. Dia pergilah dengan adik dia ke kedai ini sebab rantai itu dibeli di situ. 

Nak jadikan cerita, peniaga ini buat masalah. Kawan saya ini nak patrikan saja rantai itu tetapi peniaga itu kata kalau dipatri, rantai dah nampak tak cantik. Jadi dia suruh ambil rantai yang baru tetapi kena tambah duit sedikit. 

Sedang mereka memilih, adik kawan saya ini ternampak peniaga itu memutuskan rantai emas milik anaknya itu (rujuk gambar). Selepas itu dia nampak peniaga itu buang rantai yang diputuskan itu ke bawah. Motifnya nak kurangkan gram supaya kawan saya ini bayar lebih. 

Rantai emas yang telah diputus-putuskan | Foto - Syira Shah
Peniaga itu tidak tahu yang perbuatannya itu disedari oleh adik kawan saya ini. Lalu adiknya masuk dalam kaunter untuk mencari lebihan rantai itu. Tetapi dihalang oleh peniaga berkenaan dan tidak mengaku telah memutuskan rantai itu. 

Mungkin dengan kuasa Allah nak tunjukkan kebenaran, lebihan rantai itu betul-betul berada di bawah kaki kerusi peniaga itu duduk. Apa lagi, kawan saya pun mengamuk dan memaki hamun peniaga terbabit. Barulah dia mengaku. 


Kawan saya nak buat laporan polis tetapi peniaga itu tak bagi dan mahu selesaikan masalah itu di situ juga. Nak dipendekkan cerita, peniaga itu beri ganti rugi dengan rantai baru tanpa sebarang bayaran tambahan. 

Jadi berhati-hatilah bila nak membeli barang kemas.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.