Loading...
gengsensasi

Anak tak sah taraf hasil perhubungan dengan lelaki warga asing


TAMPIN, NEGERI SEMBILAN - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dan menyedihkan pagi tadi merupakan anak tidak sah taraf, lapor Berita Harian

Ibu kepada mangsa juga berjaya ditahan dan mengaku telah meninggalkan anak bongsunya itu seorang diri di rumah sejak jam 6 petang semalam, sebelum ditemui oleh jiran dan pihak polis pada jam 1 pagi tadi. 

Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang dijaga oleh bekas ibu mentuanya, manakala dua lagi dijaga bersama suami kedua yang bekerja sebagai pemandu lori. 

Mangsa yang merupakan seorang anak yang aktif dan tidak sah taraf itu serta tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara adalah hasil perhubungan wanita itu dengan seorang lelaki warga Indonesia. 

Wanita berkenaan mendakwa terpaksa pergi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di FELDA Jelai Satu dekat sini. Mangsa pula terpaksa ditinggalkan kerana kewujudannya tidak diketahui oleh ahli keluarganya

Wanita berkenaan ditahan reman sehingga 9 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. - The Reporter

Artikel berkaitan: 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.