Loading...
gengsensasi

Anak dipulangkan sebagai mayat, bukan salah PDRM - Doktor



PUTRAJAYA - Susulan luahan seorang wanita yang sedih akan kematian anak lelakinya di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan, tampil seorang doktor memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, agar masyarakat tidak salah faham dan menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat. 

Baca penjelasan dari Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir:

Saya terpanggil untuk menjawab sebuah posting yang sedang viral di media sosial berkenaan rintihan seorang ibu yang kehilangan anaknya yang sedang menjalani latihan polis di PULAPOL Air Hitam. Saya amat bersimpat dan mengucapkan takziah kepada ibu tersebut dan keluarganya. 

Adalah lumrah untuk seseorang yang sedang kemurungan untuk keliru, tidak dapat menerima hakikat dan berasa marah pada orang lain. Ia memang sebahagian dari stages of bereavement bagi kebanyakan orang, apatah lagi dengan kematian mengejut seperti ini. 

Ibu ini berasa kecewa dan cuba untuk menyalahkan PDRM dalam soal ini. Apatah lagi bagi beliau, anaknya seorang yang sado (seperti dikatakannya sendiri), sihat walafiat dan sudah semestinya lulus ujian kesihatan sebelum diterima masuk untuk latihan polis. 

Mujurlah dalam kes ini, post mortem telah dilakukan bagi mengetahui punca kematian tersebut. Punca kematian yang ditemui oleh doktor adalah Acute Pulmonary Oedema secondary to Acute Coronary Syndrome. Dalam bahasa mudahnya, punca kematian mangsa adalah serangan jantung yang menyebabkan kegagalan jantung. 

Punca kematian ini ditemui sendiri oleh doktor yang membedah mayat dan perlu dibuktikan dengan melihat sumbatan pada saluran darah koronari dan kematian (infarction) otot jantung. Ia adalah punca kematian mangsa yang sebenar-benarnya. 

Apabila berlaku sumbatan pada saluran darah jantung terutamanya pada left coronary artery, ia akan menyebabkan kegagalan jantung sebelah kiri mengepam darah. Seterusnya ini akan menyebabkan paru-paru berair yang dikenali sebagai pulmonary edema. 

Sebab kematian ini adalah sebab kematian akibat penyakit yang tulen dan tiada kaitan dengan latihan seni bela diri dan juga latihan pertempuran yang lain. 

Si ibu agak terkilan kerana anaknya ada mengadu sakit dada sebelah kanan dan sudah dua kali dirawat di klinik Jempol, namun tidak dirujuk kepada pakar. 

Inilah masalahnya dengan penyakit jantung. Walaupun pemeriksaan kesihatan adalah normal, pesakit aktif dan sado, bacaan ECG normal, ujian stress normal, ia tetap tidak boleh menjamin bahawa pesakit tidak mempunyai serangan jantung. Apatah lagi jika pesakit tersebut mengalami simptom aypical (luar biasa) yang tidak menjadi indikator bahawa mereka sedang mengalami serangan jantung. Jika simptom atau gejala itu dapat dikenalpasti oleh doktor/MA pada peringkat awal, sudah pasti pesakit akan dirujuk kepada pakar dan tidak ada sebab pesakit gagal dirujuk. 

Saya kita pesakit ini merupakan pesakit dalam kategori atypical ini memandangkan simptomnya adalah pada dada sebelah kanan dan tidak klasikal di sebelah kiri atau tengah dada. 

Adalah merupakan satu tragedi bagi kita semua kerana kehilangan seorang warganegara muda yang jika panjang umurnya sudah pasti menjadi perwira yang akan berkhidmat demi negara. Kehilangan nyawa pesakit terutamanya yang berusia muda memang amat menyedihkan setiap kali ia berlaku. Namun, itulah penyakit jantung, siapa yang berisiko mengalaminya tidak boleh diramal kerana ia tidak mengira usia, bangsa dan jantina. Hatta seorang atlit sekalipun boleh meninggal dunia dek serangan jantung. Kebanyakan kes-kes tanpa risiko seperti ini adalah disebabkan masalah penyakit warisan genetik seperti familial hypercholestrolemia. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan memberi kekuatan kepada ahli keluarganya mengharungi ujian besar ini dan diberikan ganjaran yang besar atas kesabaran mereka. 

Nota: Saya mengulas isu ini demi memperjelaskan keadaan agar masyarakat faham dan tidak menyalahkan pihak-pihak yang terlibat. 

Ibu kepada Anuris juga telah memadamkan luahan yang dimuat naiknya pada Selasa lalu, malah akaun Facebooknya juga telah dinyahaktifkan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.