CHINA - Gambar seekor tikus dihukum dengan keempat-empat kakinya diikat dengan tali secara terbuka, viral di media sosial, lapor Daily Mail.
Tikus itu diikat dan sekeping kertas digantung di bahagian hadapannya menyatakan bahawa haiwan itu ditangkap kerana mencuri beras di sebuah kedai serbaneka.
"Kawan saya jumpa tikus kecil ini dalam stor kedai. Selepas ditangkap, haiwan itu kemudian diikat dengan poster tersebut, Kasihan dia. Macam mana dia nak sambung perayaan Tahun Baru Cina?" kata Jiu Lian Shan She Zhang yang memuat naik gambar tersebut di laman Weibo.
Kejadian itu berlaku di bandar Heyuan, wilayah Guangdong
Gambar tersebut juga turut menarik perhatian Polis Trafik Shenzen yang memuat naik tiga emoticon tersenyum di ruangan komen gambar tersebut. - The Reporter