Loading...
gengsensasi

5 Menu Sarapan Yang Buat Tubuh Anda Makin Gemok



Seperti yang anda ketahui, sarapan adalah waktu makan yang penting sebab sarapan membekalkan tenaga dan nutrisi yang tubuh anda perlukan. Ramai yang tidak mengambil sarapan  kerana terlalu sibuk dan takut menjadi gemuk. Walhalnya dengan pengambil menu sarapan yang betul ia mampu menjadi anda lebih produktif dan cergas.
Namun begitu, ada beberapa menu sarapan yang sebenarnya mampu menyebabkan kita naik berat badan antaranya ialah:

1.    Secangkir Kopi
Kopi mengandungi kafein dan dianggap sebagai menu sarapan yang tepat kerana kafein sangat berguna untuk mendorong hormone adrenal dalam tubuh. Namun begitu, dengan hanya meminum kopi sebagai menu sarapan ia bisa memperlambatkan peningkatan metabolism dalam tubuh.

2.    Kuih – Muih
Sesetengah orang memilih untuk makan kuih – muih sebagai menu sarapan, tetapi tanpa mereka sedar, kuih sebenarnya mengandungi kandungan gula dan tepung yang akan menaikkan berat badan anda secara perlahan.

3.    Roti
Roti, terutamanya roti putih mengadungi kandungan tepung yang tinggi dan ia bukanlah makanan ideal untuk sarapan kerana roti mempunyai kalori serta gluten tinggi yang mampu menganggu kesihatan pencernaan sekali gus membuat berat badan anda naik.

4.    Bijiran Keemasan
Bijiran atau pun sereal keemasan mengandungi gula buatan yang sangat tinggi. Rasanya memang enak lebih – lebih bila dimakan dengan susu namun tanpa kita sedar menu ini mampu membuat berat badan anda bertambah.

5.    Nasi susah menjadi makanan ruji bagi orang Malaysia malah ada yang tidak selesa jika tidak mengambil nasi sehari suntuk. Nasi tidak sesuai menjadi menu sarapan kerana ia mengandungi kaborhidrat yang tinggi dan sekaligus memperlambatkan proses pencernaan.

Sumber: Sinar.FM


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.