Loading...
gengsensasi

10 jahitan di dahi akibat dicakar monyet


BATU CAVES - Seorang bayi berusia dua bulan cedera di dahi dan leher akibat dicakar monyet yang menceroboh masuk ke kediamannya, Jumaat lalu. 

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang cedera menerima 10 jahitan di dahi dan kini masih trauma dengan kejadian itu. 

"Anak saya digigit atau dicakar oleh monyet ganas pada hari Jumaat lepas. Terus bawa pergi ke hospital dan masuk dewan bedah untuk buat cucian dan jahit lukanya serta ditahan di wad selama semalam. 

"Alhamdulillah anak sudah aktif seperti sediakala. Saya dan isteri masih trauma dengan kejadian yang berlaku," kata bapa mangsa. 

Mangsa turut dicakar di belakang lehernya | Foto - Netizen

Mangsa yang berusia dua bulan cedera di dahi akibat dicakar monyet | Foto - Netizen

Mangsa menerima 10 jahitan di dahi | Foto - Netizen

Suspek | Foto - Netizen
Sebelum kejadian itu, mangsa ditinggalkan di ruang tamu depan telvisyen dengan tingkap terbuka. Sementara ibunya berada di dapur.

Tiba-tiba si ibu mendengar anaknya menjerit lalu bergegas mendapatkannya dan terkejut bila mendapati dahi mangsa terkoyak dan dipenuhi darah dalam masa sama melihat seekor monyet sedang berlari keluar dari tingkap.

"Sekarang anak trauma. Tidur pun menjerit," kata bapanya. 

Justeru beliau menasihatkan penduduk di kawasan pangsapuri tersebut berhati-hati dan periksa keadaan luar sebelum membuka tingkap. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.