Loading...
IFTTT

Wahai Isteri, Nasihatilah Suami untuk Solat Berjamaah. Jika Kamu Sayangkan Suami Kamu !!!

Wahai Isteri, Nasihatilah Suami untuk Solat Berjamaah. Jika Kamu Sayangkan Suami Kamu !!! |

Sebagai seorang isteri, kita harus mematuhi apa-apa yang diperintahkan oleh suami selagi apa yang diperintah itu sesuai dengan syariat Islam. Namun kadangkala, di saat kita mengerti ketentuan yang ada dalam Islam, malah suami yang belum mengerti akan hal itu. Misalnya mengenai anjuran seorang lelaki yang seharusnya mengerjakan solat berjamaah di masjid.

Jika hal itu terjadi pada suami Anda, tentunya Anda tidak boleh berdiam diri. Sebagai isteri, anda memiliki kewajiban untuk mengingatkan atau menasihati suami Anda. Selagi apa yang dinasihatkannya itu bukanlah perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT.

Suami yang tidak suka solat berjamaah di masjid, sama hal nya dengan meremehkan solat berjamaah, yang pada dasarnya merupakan perintah dari Allah SWT. Dan apa yang diperintahkan oleh Allah itu merupakan sesuatu yang mengandung nilai manfaat untuk orang yang melakukannya. Maka, ketika suami enggan solat berjamaah, ia telah kehilangan kesempatan emas untuk memperoleh ganjaran dari Allah SWT.

Untuk itu, sebagai isteri nasihatilah suami Anda, tentunya dengan langkah-langkah yang sesuai dengan syariat. Yakni, hendaknya nasihat disampaikan dengan penuh kelembutan dan cara-cara yang baik. Kerana, hal itu lebih dapat diterima dan lebih dapat bermanfaat. Dan bagi anda yang menasihati suami tercinta, insya Allah, Allah akan memberikan ganjaran berupa pahala kepada Anda.
Wallahu ‘alam. KREDIT kakishare

The post Wahai Isteri, Nasihatilah Suami untuk Solat Berjamaah. Jika Kamu Sayangkan Suami Kamu !!! appeared first on BACA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.