Loading...
gengsensasi

(Video) Lelaki OKU Patah Tangan Kerana Pemandu Savvy Ini


KLUANG - Seorang penunggang motosikal (OKU) cedera dan patah di tangan kanannya akibat tindakan tidak bertamadun seorang pemandu, semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku di bandar Kluang, pemandu kereta Proton Savvy berwarna biru yang berada di lorong kedua secara tiba-tiba membelok ke lorong masuk kiri menyebabkan mangsa yang berada di lorong pertama terkejut lalu terbabas. 


Kejadian itu tidak melibatkan sebarang pelanggaran, namun pemandu berkenaan bertindak melarikan diri dan meninggalkan mangsa di tempat kejadian.


Posted by Pejal Ghani on Thursday, 22 December 2016
Video dan gambar kejadian yang dimuat naik oleh Pejal Ghani itu kini viral di laman Facebook. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemandu kereta Savvy berkenaan, diminta tampil membantu agar tindakan undang-undang dapat dikenakan terhadap pemandu berkenaan. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.