Loading...
gengsensasi

Tragedi Berkhatan, Doktor Terpotong Kepala Kemaluan Budak 10 Tahun

Gambar hiasan sahaja | Foto - Farhan Najib
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terputus kemaluan ketika berkhatan di sebuah klinik di Cheras, Selasa lalu, lapor Harian Metro

Dalam kejadian pada jam 8.20 malam itu, mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser, namun doktor berpengalaman berusia lewat 40'an itu secara tidak sengaja 'terlebih potong' kemaluan mangsa sehingga ke bahagian kepala kemaluan. 

"Susulan kejadian itu, doktor berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut. 

"Pihak HCTM kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL dan dilaporkan stabil," kata sumber polis. 

Ekoran kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di selepas mendapat saranan dari pihak hospital kerana terdapat unsur kecuaian. 

Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati doktor berkenaan mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja dan dia turut membuat laporan polis selepas kejadian itu. 

"Semakan mendapati, klinik tesebut masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik dan siasatan terperinci masih dijalankan," katanya. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.