Loading...
IFTTT

Syarikat ini Mencari Pekerja Untuk Menjadi Jurubahasa Bagi Menterjemah Emoji. Yang Keyboard Warrior Tu Bole La Apply !!!

Syarikat ini Mencari Pekerja Untuk Menjadi Jurubahasa Bagi Menterjemah Emoji. Yang Keyboard Warrior Tu Bole La Apply !!! | Emoji kini bukan sahaja menjadi trend suka-suka, malah boleh menjadi sumber pendapatan rezeki.

Sebuah firma penterjemahan global di London kini sedang mencari jurubahasa untuk menterjemahkan emoji.

Syarikat berkenaan menyifatkan pekerjaan yang mereka tawarkan itu sebagai ‘penterjemah rasmi emoji’ pertama di dunia.

Iklan pekerjaan itu, yang diletakkan di laman web TodayTranslations telah menarik minat 100 pemohon dari seluruh dunia.

Today Translation berkata mereka memerlukan pakar bagi membantu syarikatnya menterjemah bagaimana emoji digunakan merentasi budaya, bahasa dan generasi.

“Kami melabur masa dan tenaga untuk perkara ini kerana percaya penggunaan emoji akan menjadi semakin popular.”, kata Jurga Zilinskiene, CEO dan pengasas Today Translations.

“Ianya satu bidang yang kompleks”, tambahnya.

Sebagai contoh, Jurga berkata orang barat menggunakan satu emoji bagi menunjukkan seseorang ketawa terlampau kuat sehingga menagis. Emoji itu dikenali sebagai ‘face with tears of joy’.

Tapi orang di timur tengah lebih cenderung untuk menggunakan emoji itu untuk kesedihan, katanya.

Dalam tradisi Jepun, guru menggunakan simbol bunga putih bagi memberi pujian bila muridnya membuat kerja dengan bagus. Namun maksud tradisi itu mungkin hilang di budaya lain.

Menurut iklan kerja itu, pakar emoji yang diterima kerja boleh menjangkakan untuk memberi servis penterjemahan kepada klien dan membuat laporan tentang penggunaan emoji setiap bulan mengikut perbezaan budaya.

Malah, sudah ada satu assignment yang menunggu pekerja penterjemah emoji syarikat ini. Seorang klien mahu menterjemah diarinya kepada emoji untuk anaknya.

Today Translation biasanya menawarkan gaji antara £50 ke £100 bagi setiap 1,000 perkataan.

Jurga berkata, pakar emoji bagaimanapun akan mempunyai struktur gaji yang lain memandangkan satu emoji tidak melambangkan satu perkataan. Posisi untuk kerja itu akan diletakkan sebagai freelance.

Syarikat tersebut juga turut membuat satu ujian online yang memerlukan pemohon membuat terjemahan emoji kepada bahasa inggeris.

The post Syarikat ini Mencari Pekerja Untuk Menjadi Jurubahasa Bagi Menterjemah Emoji. Yang Keyboard Warrior Tu Bole La Apply !!! appeared first on BACA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.