“Sorry, Cubaan Akak Menipu Pau Duit Saya Gagal Malam Ini”. |PULAU PANGKOR, PERAK – “Tapi kalau saya bayar lebih daripada apa yang kami makan, saya tak halalkan,” demikian kata pengadu yang tidak berpuas hati dengan harga hidangan dikenakan di pulau pelancongan itu yang viral di media sosial, Sabtu lalu.
Menurut wanita berkenaan, setelah mendapat harga yang diberikan itu, dia cuba ‘congak-congak’ sendiri, namun masih gagal mendapatkan harga yang dikenakan.
“Bila saya suruh juruwang kira, dia kata RM198. Saya minta bil dan tulis harga setiap lauk. Dia menolak dan kata kalau kira satu persatu, lagi mahal jadinya. Saya cakap tak apa, saya bayar ikut apa yang saya pesan.
“Bila dapat bil, sekali tengok haa, kantoi dia letak harga sesuka hati tak sama seperti yang ditawarkan sebelum masuk kedai. Sotong lain, sayur lain, telur lain dan paling best, air sirap satu juga dan teh ‘o ais satu jug RM36,” tulis wanita itu yang juga nekad mahu membuat aduan berhubung harga tidak masuk akal itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Bila saya balik ke meja makan, saya total up, baru RM177 sahaja. Mana dia dapat angka RM198? Bila saya nak bayar, saya cakap kira-kira saya RM177 sahaja. Terus dia marah-marah.
“Saya cakap tak apa, saya bukan miskin hina sangat tak boleh bayar amaun itu tetapi kalau saya bayar lebih daripada apa yang kami makan, saya tak halalkan,” tulisnya.
Pengadu mendakwa wanita terbabit bengang dengannya lalu memanggil orang lain untuk kira harga makanan mereka dan akhirnya mendapat harga yang didakwanya munasabah.
Status dan gambar yang dimuat naik oleh pengadu itu kini mendapat 425 perkongsian dan 721 likes di laman sosial.
Menyedari dirinya diviralkan di laman Facebook, juruwang berkenaan tampil mempertahankan dirinya.
“Datang melancong dalam pulau nak complaint bagai. Datang melancong pilih ikan besar-besar, sotong nak banyak, udang nak banyak dan order macam orang kaya serta makan nak sedap. Tetapi bila nak bayar, tak ada duit, kemudian nak boikot kedai orang. Tak pernah melancong agaknya.
“Ini pulau, bukan kampung. Mahal seringgit, dua ringgit, itu biasalah. Pelanggan saya yang lain, semua berpuas hati dengan harga yang saya berikan.
“Mahal dua tiga ringgit pun nak viral bagai. Jangan disebabkan dia, nanti orang lain tak nak datang ke Pangkor pula,” katanya yang kesal dengan tindakan pengadu memilih untuk viralkan kedai mereka di media sosial. – The Reporter
P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……
The post “Sorry, Cubaan Akak Menipu Pau Duit Saya Gagal Malam Ini”. appeared first on BISKUTMANIS.