Loading...
Cite Malaya

Sesungguhnya Mati Itu Benar, Bersediakah Kita Menghadapinya?. Penting !!! Supaya Kita Sedar.

Sesungguhnya Mati Itu Benar, Bersediakah Kita Menghadapinya?. Penting !!! Supaya Kita Sedar. | Sesungguhnya alam kubur itu benar. Mati itu benar. Akhirat dan hari kebangkitan juga benar. Persoalannya, bersediakah kita untuk menghadapinya?
Yakinkah kita yang buku amalan akan diterima dengan tangan kanan? Tiada siapa pun yang dapat menjawab persoalan ini dengan tepat.
Selain perkara-perkara itu, beberapa lagi persoalan yang mungkin bermain difikiran kita.
Bagaimana keadaan kita sewaktu dibangkitkan? Adakah dalam keadaan berkapan atau tanpa sebarang pakaian? Atau, adakah bergantung pada amalan yang dilakukan semasa di dunia?
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap hamba akan dibangkitkan sesuai dengan keadaannya ketika meninggal.”
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika Allah menginginkan seksa pada suatu kaum, nescaya azab-Nya mengenai orang yang bersama mereka, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan amalan mereka.”
Selain hadis diatas, terdapat lagi hadis lain yang menceritakan secara khusus, bergantung kepada amalan, sama ada baik atau buruk.
Misalnya hadis yang menceritakan tentang seorang sahabat yang meninggal dunia sewaktu mengerjakan haji.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda, ” Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara, kapankanlah dia dengan dua pakaian ihramnya, janganlah kalian menutup kepalanya kerana Allah akan membangkitkannya dalam keadaan bertalbiah.”
Juga diceritakan bagaimana keadaan seorang yang syahid di medan perang seperti diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.
Sabda Rasulullah SAW, “Demi zat yang jiwa-Ku ditangannya, tidaklah ada seorang yang terluka di jalan Allah (Allah Maha Tahu siapa yang terluka dijalan-Nya) kecuali dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan terluka, warnanya warna darah namun berbau kasturi.”
Hadis lain juga menceritakan tentang keadaan orang yang mati dibunuh ketika dibangkitkan.
Hadis sahih riwayat An-Nasaie yang bermaksud, “Mangsa pembunuhan itu akan dibangkitkan dengan cara orang berkenaan memegang tangan orang yang membunuhnya sambil berkata, “Wahai Tuhanku, orang ini yang telah membunuhku.”
Namun, ada ulama berpendapat, hadis ini bukannya bermaksud orang yang mati dibunuh, sebaliknya merujuk kepada orang yang syahid dijalan Allah.
Darah mereka bukan sahaja sewangi kasturi bahkan akan menjadi saksi di akhirat kelak.
Bila Dosa Menjadi Pengiring
Dalam surah Al-Baqarah ayat 275 menyebut, “Orang-orang yang memakan riba tidaklah berdiri (ketika dibangkitkan dari kubur) melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan kerana penyakit gila yang menyerang mereka.
“Disebabkan mereka berkata bahawa jual beli itu sama seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
“Oleh itu orang yang tidak sampai padanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya, lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu menjadi miliknya serta urusannya terserah kepada Allah.
“Sesiapa yang mengulangi lagi perbuatan itu, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Rasulullah SAW menganjurkan agar kita berdoa agar dibangkitkan dalam keadaan Husnul Khatimah dengan doa berikut:
“Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan yang baik dan pengakhiran yang baik dan janganlah kau matikan kami dalam keadaan seburuk-buruk pengakhiran.”
Husnul Khatimah
Dalam kehidupan kita, ada yang diawal kehidupannya dalam keadaan baik tetapi di akhir hidupnya dalam keadaan yang tidak baik.
Sebaliknya, ada yang pada awalnya dia banyak melakukan maksiat kemudian dia bertaubat dan meninggal dunia dalam keadaan baik.
Berpandukan kepada peringatan melalui Al-Qur’an dan hadis diatas, marilah sama-sama kita jadikan iktibar dengan harapan setiap daripada kita kelak akan dibangkitkan dalam keadaan husnul khatima.
Insyaa Allah.
KREDIT sentiasapanas
The post Sesungguhnya Mati Itu Benar, Bersediakah Kita Menghadapinya?. Penting !!! Supaya Kita Sedar. appeared first on BACA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.