Saya sedang sarat mengandung dan kandungan dah masuk 8 bulan. Hubungan rumahtangga kami bahagia, suami tidak pernah mengabaikan saya. Apa-apa saya yang saya mahu, dia akan segera mencarikan untuk saya. Saya nak pergi mana, dia pasti akan bawa walaupun dia penat. Kalau dia outstation ke mana-mana, dia akan usaha juga balik ke rumah sebab dia tahu saya tak boleh tidur tanpa dia. Dia langsung tak pernah merungut penat.
Satu hari ini, ada seorang perempuan menghantar mesej kepada saya dan mengakui bahawa dia menyayangi suami saya sampai dia tak boleh nak move on. Dia tahu suami saya sudah berkahwin dan saya sedang sarat mengandung. Katanya, suami saya tak layan dia, tetapi dia tetap akan cuba mengambil hati suami saya.
Kesemuanya itu bermula apabila suami saya makan tengah hari dengan rakan-rakannya di sebuah restoran. Kawan suami yang berikan nombor telefon suami kepada perempuan itu. Dia pernah menghantar mesej kepada suami saya, meminta tolong hantarkan dia pergi kerja sebab satu jalan.
Perempuan itu add saya di Instagram dan memuat naik gambar dia bersama suami saya dengan kapsyen,
"I love you sayang. Terima kasih sebab hantar pergi kerja,"
Saya terus mesej dia di IG dan tanya apa motif dia berbuat demikian dan apa hubungan dia dengan suami saya. Jawapan dia? Dia mahu suami saya. Saya terdiam.
Malam itu, suami seperti biasa. Bila saya periksa telefonnya, dia tak ada berkawan dengan perempuan itu di WeChat, Instagram, Facebook semua. Tetapi suami saya tak block nombor perempuan itu di WhatsApp. Cuma dia block di bahagian contact sahaja.
Bila saya senyap, perempuan itu semakin menjadi-jadi dan hantar mesej pada saya. Saya hilang kesabaran lalu mengamuk teruk sampai saya tak bagi peluang untuk suami memberi penjelasan.
Suami menangis dan tetap mempertahankan dirinya tidak berlaku curang. Lalu saya tunjukkan gambar perempuan itu bersama dengannya. Kemudian, dia menjelaskan bahawa dia hanya tolong hantar sahaja dan masa itu mereka bukan berdua, malah ada kawannya turut bersama dalam kereta. Malah, selepas itu juga dia langsung tidak pernah menghubungi perempuan itu yang baru saja berusia 19 tahun.
Perempuan itu tak habis-habis menghantar mesej kepada saya kata nak juga dapatkan suami saya. Saya dah block dia di Instagram, tetapi dia akan gunakn akaun yang lain dan banyak lagi cara yang dia akan gunakan untuk mendapatkan suami saya.
Apa dia nak sampai tergamak menganiaya kaum sendiri? Bukannya tak ada lelaki bujang di luar sana. Tak kasihan ke pada wanita yang mengandung seperti saya? Dia tak ada perasaan ke? Suami saya bukannya kacak, kulit pun tak cerah atau flawless, kaya pun tidak tetapi saya bersyukur ada suami seperti itu.
Setiap hari suami pujuk dam saya biarkan saja dia begitu. Saya bimbang akan jadi seperti rakan-rakan saya yang lain, terkena buatan orang sehingga suami sanggup tinggalkan dia untuk perempuan lain.
Perempuan lain di luar sana, ramai lagi lelaki bujang, kenapa mesti suami orang? Ada apa dengan suami orang? - KRT
Ditulis semula untuk siaran di The Reporter sahaja.