Loading...
gengsensasi

'Saya Minta Maaf'


PUTRAJAYA - Padah bergurau tak bertempat, seorang pengguna Facebook dikecam netizen kerana memuat naik status ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Status yang dimuat naik oleh Faiz Ziedainie pada jam 9.40 malam semalam mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

"Saya ke sini kerana diupah untuk membunuh Najib. Sekadar mengeruhkan keadaan. Huhu," katanya dengan gambar dirinya memakai seragam pengawal keselamatan menunjukkan 'thumbs up' di depan bangunan Jabatan Perdana Menteri. 

Bagaimanapun, 6 jam yang lalu, Faiz telah memadamkan gambar tersebut dengan memuat naik permohonan maafnya. 

"Saya memohon maaf atas kesilapan post gambar ugutan saya. Terima kasih," katanya. 

Saya memohon maaf atas kesilapan post gambar ugutan saya. Terima kasih.
Posted by Faiz Ziedainie on Tuesday, 13 December 2016

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, netizen mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap Faiz kerana telah menyalahgunakan media sosial bagi mengancam mana-mana individu lain secara sedar.

Menurut laman SKMM, Faiz boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.