Pemuda Ini Kongsikan Bagaimana Untuk Memaksimumkan Ruang Rumah Yang Kecil Untuk Tampak Lebih Bergaya. Hebatnya Idea Orang Ni !!! |
Tidak semua rumah yang ada mempunyai ruang yang besar, di mana saiz kaki per segi bagi setiap rumah yang ada adalah berbeza. Namun begitu, walau saiz yang kecil, tidak bermakna sesebuah rumah tersebut harus dibiar tanpa memerlukan penjagaan dan pengubahsuaian yang baik.
Bagi individu yang penuh dengan kreativiti, ruang yang kecil, mampu diubah untuk dijadikan sebagai salah satu ruang yang serbaguna. Pengcahayaan, susun atur, mahu pun penggunaan perabot juga warna memainkan peranan penting untuk menjadikan ruang di sesebuah rumah tampak lebih bergaya dan memberi dimensi yang berbeza.
Ianya bukanlah satu imaginasi sahaja, kerana bagi saudara Mohd Fuad Rajudin, dia telah memaksimakan ruangan rumahnya, dan menjadikan setiap sudut yang ada, sebagai ruang yang berguna, juga lebih menyerlah. Untuk mengetahui bagaimana saudara Fuad lakukan, jom kita lihat cara beliau mengolah ruang yang anda menjadi luar biasa.
Itu sebab lah aircond tu dekat dengan kepala, ini kerana ruang ini kosong sebelumnya. Apabila dibuat ruang diatas, maka aircond tu dengan sendirinya dekat dengan kepala.
Rumah adalah pusat kepada kehidupan. Bagaimana rumah kita? Itu adalah personaliti peribadi kita seterusnya ianya membayangkan bagaimana kita mengurus kehidupan seharian bersama ahli keluarga.
Ada orang rumahnya kecil tetapi bahagia, ada orang rumahnya besar tetapi setiap hari pening kepala. Kehidupan ini sudah ditentukan, tetapi bagaimana kita memilih cara untuk hidup itu adalah pilihan. Maka, rumah memainkan peranan kebahagiaan dan kejayaan didalam membina kehidupan.
Baiklah hari ini saya ingin kongsikan kesukaan yang saya warisi daripada ibu saya iaitu menghias dan mengemas rumah. Apa yang mahu dikongsikan adalah bagaimana mahu menafaatkan ruang rumah yang berkeluasan 30′ x 32′ dengan ketinggian siling 14′ membuatkan saya terfikir luar kotak.
Keseluruhan ruang berkeluasan 10′ x 14′ diubah menjadi ruang yang bermanafaat.
Dengan hiasan berkonsepkan moden, saya mengunakan kelebihan ruang tinggi rumah ini dengan mengolah ruang tamu sedia ada kepada dua bahagian iaitu ruang bawah sebagai tempat rehat dan santai selain turut menempatkan meja makan pada bahagian hadapan, manakala ruang baru iaitu bahagian atas pula saya wujudkan sebagai ruang pejabat dan bacaan.
Bagaimana idea ini tercetus, sudah tentu dari Allah. Selain saya serta keluarga memang berkongsi minat yang sama, iaitu membaca dan menulis. Dalam masa sama, tanggungjawab sebagai perunding acara memerlukan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja yang sering ditempah oleh pelbagai pihak melibatkan agensi kerajaan dan syarikat pengurusan acara dan membekal alatan acara. Bagi tujuan itu, saya amat pentingkan ruang yang selesa untuk saya menyediakan kertas kerja.
Rumah juga adalah pusat kehidupan, maka jadikanlah ianya syurga supaya seluruh keluarga merasa tenang dan tenteram apabila berada didalamnya.
Semoga bermanafaat.
Keseluruhan ruang tamu yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu atas dan bawah. Ruang bawah sebagai tempat berehat dan santai untuk keluarga dan tetamu, manakala ruang atas pula adalah untuk pejabat dan bacaan.
Terdapat meja dan almari fail untuk menyimpan buku dan dokumen.
Rak buku moden (custom made) serta sijil pencapaian isteri.
Ruang bawah pula dijadikan ruang santai.
Meja Makan yang ditempatkan diruang hadapan.
Ruang tamu.
Ruang laluan ke dapur. Pintu dihiaskan dengan huruf HB kerana ianya adalah bilik kedua dua anak saya iaitu Hanis Batrisya dan Hanis Bahiyah.
KREDIT siakapkeli
The post Pemuda Ini Kongsikan Bagaimana Untuk Memaksimumkan Ruang Rumah Yang Kecil Untuk Tampak Lebih Bergaya. Hebatnya Idea Orang Ni !!! appeared first on BACA VIRAL.