Loading...
Cite Malaya

Masukkan No Pin Terbalik Jika Di Rompak Di ATM. Polis Tampil Jelas Perkara SEBENAR !!!

Masukkan No Pin Terbalik Jika Di Rompak Di ATM. Polis Tampil Jelas Perkara SEBENAR !!! | Kebelakangan ini viral mesej berantai yang mengatakan jika seseorang disuruh mengeluarkan wang secara paksa di mesin ATM boleh memasukkan no pin secara terbalik untuk memberi signal kepada pihak polis bahawa di mesin ATM berkenaan sedang berlaku rompakan. Namun, pihak polis semalam mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
rom
FAKTA
SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
image
Justeru, PDRM berharap rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya.
atm
AUTA
MENERUSI maklumat itu, sekiranya dipaksa perompak mengeluarkan duit dari mesin ATM, pengguna boleh memasukkan nombor pin dalam turutan terbalik.
Wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis. Kredit:-SinarHarian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.