Loading...
gengsensasi

LHDN Sasar Kutipan Cukai RM2 Bilion 2017


KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meletakkan sasaran kutipan hasil cukai sebanyak RM2 bilion tahun depan, 165% lebih tinggi berbanding tahun 2015, RM755.44 juta. 

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata, mana-mana syarikat atau individu yang sering melarikan diri daripada membayar cukai tidak akan terlepas tahun depan kerana pihaknya akan menguatkuasakan operasi audit menyeluruh bagi menggantikan audit berfokus. 

"Semua kes pengauditan dan siasatan akan dilakukan secara menyeluruh bermula 2017 oleh pegawai penyiasat melalui program operasi khas bersepadu Task Force 2 Bilion (TF2B). 

"Mana-mana pembayar cukai yang sebelum ini kerap diberi peluang sebelum ini, jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan selepas ini akan dikenakan tindakan," katanya. 

Menurut beliau, individu yang terbabit dalam kes pelarian cukai akan dicadangkan untuk disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan cadangan itu sudah mendapat sokongan penuh daripada pihak berwajib. 

Pendekatan agresif itu juga diambil kerana terdapat beberapa kelemahan seperti mengamalkan audit berfokus iaitu siasatan kes berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan hanya memantau dua hingga tiga item sahaja. 

Tegas Sabin lagi, siasatan menyeluruh itu bukan sahaja membabitkan industri profesional, malah turut membuat risikan terhadap kedai emas, aktiviti penyeludupan, perniagaan online, perubatan dan pinjaman wang berlesen. 

Sabin yakin, LHDN mampu mengutip hasil RM2 bilion tahun depan selepas melihat rekod kejyaaan kutipan cukai yang semakin meningkat dari tahun ke tahun iaitu, RM511.33 juta (2013), RM543.96 juta (2014) dan RM755,44 juta (2015). 

Beliau terdahulu melancarkan Program Operasi Khas Bersepadu TF2B di Kompleks Kerajaan, semalam. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.