Allah SWT memberitahu kita bahawa lelaki adalah pelindung bagi kaum wanita, bukan penguasa. Tanggungjawabnya adalah untuk menyokong dan menjaga kebajikan wanita itu. Ia bukan satu hak, tapi sebuah tanggungjawab.
Firman Allah SWT;
Dan wanita yang soleh adalah mereka yang taat, setia berada di sisi suami mereka mencapai cita-cita, dan membantu dalam ibadah kepada Allah SWT.Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. (QS An-Nisaa’ 4:34)
Indahnya cara Allah SWT ciptakan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi. Apa yang kurang pada sifat lelaki, wanita akan tambahkan dan apa yang kurang dari sifat seorang wanita, lelaki akan lengkapi. Segalanya boleh dicapai bila keduanya sepakat bersama.
Lelaki yang bertanggungjawab melindungi wanita akan membantunya kekal taat kepada Allah SWT. Dia adalah pasangannya dan penyokongnya yang komited – mereka berdua akan bina dan bentuk sebuah keluarga – dan anak-anak ini akan bina keluarga masing-masing di masa depan inshaAllah.
Dalam membina keluarga dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, ingatlah bahawa:
2. Komuniti muslim kini kekurangan kepimpinan yang kuat dan ini adalah tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama. Buat dengan ikhlas dan kasih sayang dengan tujuan untuk berubah. Berkorban sedikit dan bekerjasama untuk kebaikan bersama
3. Allah SWT juga mengingatkan lelaki supaya jangan mengambil kesempatan ke atas perempuan. Jangan letakkan tanggungjawab di atas satu bahu sahaja.
4. Kadang-kadang isteri rasa terlalu dikongkong oleh suami. Kadang-kadang suami pula rasa terlalu dikongkong oleh isteri. Ini bukan ajaran Islam. Sepatutnya anda berdua saling melengkapi sifat satu sama lain selain menyokong cita-cita dan tanggungjawab satu sama lain.
5. Allah SWT telah menciptakan lelaki sebagai pelindung dan wanita sebagai pembantu mereka. Masing-masing ada tugas yang tersendiri jadi tak perlu ada rasa dengki.
6. Allah SWT juga mengingatkan kita bahawa bila wanita memberi sokongan pada suaminya, wanita itu sebenarnya membantu suaminya mencapai Syurga. Dan bila anda lakukan ini bersama, suami pun akan sama-sama menarik isterinya ke Syurga.
Hakikatnya lelaki dan wanita sama-sama unik dan ada fungsi-fungsi yang tersendiri. Jika kita sama-sama fokus pada tugasan yang telah Allah SWT berikan, kita akan sama-sama berjaya di Dunia dan Akhirat.
via Bin Usrah