Ketahui Perbezaan 6 Jenis Panadol Yang Ada Di Pasaran. Penting Supaya Tidak Silap Ambil !!! | Kita sering mengambil ubat sebagai penawar bagi satu-satu penyakit, ada ketikanya kita akan bergantung sepenuhnya pada ubat tersebut, kerana mempunyai penyakit yang serius. Bagi mereka yang sering alami sakit kepala, atau selesema, mungkin pengambilan panadol adalah salah satu cara mudah untuk menghilangkannya.
Namun begitu, pengambilan pandol begitu sahaja, tanpa ada nasihat dari doktor, tidaklah begitu baik, lagi-lagi terdapat bermacam-macam jenis panadol yang dijual di luar sana. Khuatir jika tersalah makan panadol, dan tidak mengikut dos yang sebetulnya, akan berlaku kesan sampingan pada diri.
Untuk mengetahui apakah jenis-jenis panadol yang ada, Dr Zubaidi Hj Ahmad, kongsikan perbezaan panadol antara satu sama lain, serta saranan penggunaannya. Jom kita lihat apakah kita mengambil panadol yang betul selama ini.SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6
Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.
Panadol dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.
*PANADOL REGULAR*
Mengandungi Paracetamol *500*mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.
*PANADOL EXTEND*
Mengandungi Paracetamol *665*mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.
*PANADOL EXTRA*
Mengandungi *500*mg paracetamol dan *65*mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.
*PANADOL ACTIFAST*
Mengandungi Paracetamol *500*mg dan *173*mg Sodium untuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.
*PANADOL MENSTRUAL*
Mengandungi paracetamool *500*mg dan Pamabrom *25*mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.
*PANADOL SOLUBLE*
Mengandungi paracetamol *500*mg dan sodium *427*mg. Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.
Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.
Saya tidak bertujuan menggalakkan penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati.
Dr Zubaidi b Hj Ahmad. KREDIT siakapkeli
The post Ketahui Perbezaan 6 Jenis Panadol Yang Ada Di Pasaran. Penting Supaya Tidak Silap Ambil !!! appeared first on KISAH BENARKU.