Loading...
Cite Malaya

‘Jadi Suami, Jangan Pandai Order Saja, Isteri Kita Bukan Khadam’. Sayangilah Isteri Anda !!!

‘Jadi Suami, Jangan Pandai Order Saja, Isteri Kita Bukan Khadam’. Sayangilah Isteri Anda !!! | Eleena memang dari zaman kitorang kenal, dia tidur sebelum jam 11 malam. Aku kahwin dengan dia pun salah satu sebab dia jenis tak huha sana sini, melepak tak tentu hala walaupun masa dia bujang. Tetapi sekarang bila dah ada Farrel, jam 8-9 malam, kedua-duanya confirm dah hanyut.
Cuba bila isteri kau tidur, kau tengok muka dia. Tak kasihan ke? Macam itulah rupa penat mak kau nak besarkan anak-anak dia. Bukan senang bro, kau sebagai suami jangan pandai order saja. Tak payah cakap orang, aku sendiri pun kadang-kadang malas juga. Fikir tentang bisnes, client, staff, sales, hutang, bil apa semua. Kau tahu tak siapa yang fikir pasal kau selain dari orang tua kau? Isteri tercinta. Ada kawan kau fikir pasal kau, anak bini, pampers, susu dan barang keperluan mereka?
Bila dah jadi suami, jangan ego dan sombong. Takkan ke mana kalau berperangai begitu. Banyak dah aku tengok. Semata-mata ego, kau lukakan hati orang yang fikir tentang kau siang malam, yang jaga makan pakai kau setiap hari. Susah ke nak cakap ‘I love you’ setiap hari? Susah ke nak ucap ‘terima kasih’ bila makan masakan isteri?
Kau tahu tak, setiap pujian kau pada isteri, mereka punya bangga dan kembang bermangkuk-mangkuk bro. Padahal kau cakap slow saja di sebelah dia.
You cantiklah hari ini. Terima kasih sebab sudi jadi isteri dan ibu kepada anak-anak I
Settle bro. Kau tengoklah layanan mereka pada kau. First calss! Bukan kau layan isteri macam khadam. Kau siapa? Tuan? Ini bukan soal romantik, tetapi cuma pesan agar menghargai pasangan yang separuh mati melahirkan zuriat kau, yang memperjudikan hidup dia demi kau yang bukan siapa-siapa.
Kau tahu tak, penat mengurus rumah tangga ini. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Sebelum kahwin, kau gatal nak pegang tangan dia kan? Haa, kau pegang tangan dia sekarang. Tak selembut dulu bang. Tengok kuku dia, tak sekilat dulu. Kau nak cakap dia tak reti jaga? Kau tengok baju kau yang berlipat dan digosok cantik itu, kau tengok rumah kau yang bersih mewangi itu.
Isteri kau yang dulu, fizikalnya takkan sama selepas kahwin dan bila dah ada anak. Takkan walaupun ada isteri yang kekal kurus tetapi kau sebagai suami cuba tengok, eyebag dia, kedut di matanya, rambutnya, takkan sama. Cuma yang sama atau lebih adalah cinta dia pada kau. Takkan berkurangan walau seinci pun. Tapi kau? Pantang silap sikit atau terkurang sikit kau terus marah, maki dan terniat nak pasang lain dan cari lain.
Cubalah jadi jantan yang berguna sikit, bukannya jantan keberet. Cuba tukar tugas suami dan isteri, baru kau tahu erti penyesalan, baru tahu langit tinggi rendah, baru kau tahu mana nak cari spender/stokin. Dah memang tugas isteri menyediakan makan pakai suami? Memang tanggungjawab isteri jaga makan pakai anak? Habis apa tugas dan tanggungjawab kau? Goyang telur order itu ini? Kau fahamkan betul-betul apa tugas suami dan apa tugas sebagai seorang bapa. Takkan tak tahu? Macam mana kau boleh jadi suami, jadi bapa?
Jangan lepas tangan dan biar isteri yang buat semua kerja, isteri yang fikir seorang-seorang terutamanya tentang anak. Setakat hulur duit, kau dah rasa gah? Sebelum kahwin pun isteri kau reti mencari duit sendirilah brader. Kau bukannya hebat mana pun. Tengah bulan kau senak, isteri juga yang kau cari kalau dia ada income. Isteri dan anak adalah orang yang paling layak untuk kau bawa berjalan, untuk kau bermanja dan mewahkan selain dari orang tua kau. Bukannya kawan kau yang entah apa-apa, bukannya awek yang dahi licin kau baru kenal itu.
Senangkan anak isteri, inshaAllah pasti Dia memudahkan urusan kau, luaskan rezeki kau dengan penuh keberkatan. Allah dah janji, rezeki orang tua, isteri dan anak-anak sentiasa ada dan pasti ada. Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Ingat bro, isteri senyum pada kau pun dikira satu nikmat dan rezeki. Isteri kecil hati dengan tingkah laku suami, mulut suami adalah salah satu punca rezeki sempit. Kalau suami kecil hati dengan isteri, lagilah. Nauzubillah.
Balik nanti, duduk sebelah isteri dan tanya apa impian dia sebelum berkahwin dengan kau. Apa impian dia selepas menjadi isteri kau. Apa yang dia nak dalam perkahwinan yang korang bina. Jangan malu atau segan, bila suami dan isteri bersatu hati, Allah, hebatnya pelbagai rezeki yang akan dinikmati.
Isteri ini, mulut mereka memang bising dan pedas. Tetapi apa lagi yang akan menceriakan rumahtangga kau? Handphone? TV? Internet? Nak sunyi, tak nak dengar pasangan membebel, kau pergi hidup dengan geng kunyit pintu belakang itu.
Cukup dengan ‘terima kasih sayang’ berhari-hari senyuman mereka terukur. Kadang-kadang bila dah masuk setahun dua kahwin, kita jadi lupa sebab hidup kita dah jadi rutin. Hari-hari ulang benda yang sama. Ramai yang nakkan perkataan ‘Terima kasih’ dan ‘I love you’ ini nampak mahal, jadi tak nak selalu cakap sebab takut bosan.
Percayalah, satu hari nanti bila ada pasangan kau dah mula bosan, tak ada perkataan yang boleh membuatkan mereka berpatah balik. KREDIT kakishare

About Cite Malaya

Powered by Blogger.