Ini Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Terdapat Banyak Stok Ubat Berlebihan Di Simpanan Anda. Penting Ni Supaya Tak Membazir !!! | Sebelum ini telah tular di laman sosial bila mana terdapat seorang individu yang memulangkan kembali ubat yang diperolehinya kepada pihak farmasi kerana ubat tersebut telah tamat tempoh. Lebih menyedihkan, keseluruhan ubat tersebut bernilai RM3,200 dan terpaksa dilupuskan begitu sahaja kerana tidak dapat digunakan kembali.
BACA: Kerana Dapat Ubat Free, Ambil Ubat Tiap-Tiap Bulan Tak Guna Sampai ‘Expired’, RM3,200 Sia-Sia Masuk Tong Sampah
Situasi sebegini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat, dan ianya seperti tidak menjadi kesalahan buat mereka, kerana tanggapan mereka yang berfikir ubat tersebut boleh dapat pada bila-bila masa, dan percuma sahaja.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi, pegawai farmasi, saudara Fahmi Hassan kongsikan apa yang perlu dilakukan oleh anda, jika terdapat stok ubat berlebihan di simpanan anda. Mari kita tengok apa yang seharusnya kita lakukan.Bagi pesakit yang menerima rawatan penyakit kronik dari fasiliti kesihatan awam, anda mungkin menghadapi situasi di mana anda mempunyai lebihan stok ubat-ubatan di rumah. Ubat-ubatan ini akan terbazir begitu sahaja sekiranya anda tidak lakukan sesuatu.
Mungkin anda berpendapat, paling mudah sebenarnya untuk anda pulangkan semua stok ubat ini di farmasi. Namun begitu, sebenarnya kebanyakan ubat yang anda pulangkan tidak dapat digunakan semula kerana pegawai farmasi tidak dapat menentukan cara ubat disimpan yang mungkin mempengaruhi kualiti ubat.
Ada banyak faktor yang menyebabkan lebihan stok ubat pada pesakit. Sebab yang paling utama adalah pesakit tidak makan ubat mengikut arahan. Mungkin anda ada masalah dengan rawatan, namun tindakan menyembunyikan masalah ini dari doktor atau ahli farmasi boleh memburukkan lagi keadaan.
Jadi apa yang anda boleh lakukan sekiranya terdapat banyak stok ubat berlebihan di simpanan anda?
1. Beritahu doktor sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengambil ubat. Regimen rawatan anda boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan mengurangkan kesan sampingan jika ada.
2. Beritahu doktor atau ahli farmasi jenis ubat yang masih ada dalam simpanan anda. Ubat-ubatan yang baru itu boleh dibekalkan kepada pesakit lain.
3. Bawa baki ubat anda sewaktu ke farmasi. Bekalan akan diberikan secara “top-up” berdasarkan baki ubat.
Amalkan 3 cara ini bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Apa yang penting adalah untuk anda patuh kepada rawatan.
Patuhi rawatan, tiada pembaziran.
The post Ini Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Terdapat Banyak Stok Ubat Berlebihan Di Simpanan Anda. Penting Ni Supaya Tak Membazir !!! appeared first on KISAH BENARKU.