Ibu Bapa Bekerja Punca Anak Gemuk. Ibu Bapa Harus Tahu !!! | Penyelidik dari Copenhagen Business School, Denmark, Dr. Wencke Gwozdz dalam kajiannya mendedahkan, masalah kegemukan yang dialami kanak-kanak mempunyai kaitan dengan ibu bapa mereka yang bekerja.
Dalam pemerhatian yang dilakukan, masalah tersebut terjadi apabila anak-anak tidak diberi makanan berkhasiat yang dimasak di rumah dan hanya mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat melalui makanan segera yang dibeli.
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dikesan menghidap obesiti
Kesibukan ibu bapa yang bekerja juga didakwa kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak mereka kerana kesibukan kerja.
Lebih mengejutkan, kajian yang dibuat di England menunjukkan kanak-kanak seawal usia tiga hingga 10 tahun telah dikesan menghidap masalah obesiti.
Kanak-kanak yang tinggal sendirian di rumah cenderung untuk makan lebih banyak dan hanya menghabiskan masa mereka dengan menonton televisyen serta bermain permainan video untuk menghilangkan kebosanan.
The post Ibu Bapa Bekerja Punca Anak Gemuk. Ibu Bapa Harus Tahu !!! appeared first on KISAH BENARKU.