gengsensasi

'Diorang Boleh Tengok Je Adik Aku Kena Ragut'

loading...
loading...

PETALING JAYA - Seorang wanita diragut oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam, semalam. 

Dalam kejadian di Dataran Mentari itu, mangsa baru sahaja keluar dari kedai tersebut diragut oleh suspek berbaju biru. Mangsa cuba melawan dan mendapatkan semula barangannya itu sehingga terjatuh dan beberapa barangannya juga terjatuh di tempat kejadian. 

Ketika kejadian itu berlaku, seorang lelaki berbaju merah hanya melihat sahaja kejadian yang menimpa mangsa tanpa cuba menghulurkan bantuan sebelum disertai oleh seorang lagi lelaki berbaju hitam. 


Posted by Wan Atiey Wan Mohamed on Monday, 26 December 2016
Video yang dimuat naik oleh kakak mangsa, Wan Atiey Wan Mohamed itu mengundang kekesalan netizen akan sikap dua lelaki terbabit yang langsung tidak menghulurkan bantuan. 

Difahamkan, mangsa berjaya mendapatkan barangnya semula dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. - The Reporter
loading...
loading...
loading...
loading...

About Media Cita Panas

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close